Soalan dan Jawapan Topik Bumi dan Angkasa - Kickstory

Latest

Just Another View With A DSLR

Tuesday, September 6, 2016

Soalan dan Jawapan Topik Bumi dan Angkasa



💥Soalan topik bumi dan sains angkasa.- sumber DIDIK BH, buku teks dll
Credits to Cg Azila Ahmad yg mengumpul soalan & Cg Faiz Shakri yg mencari jwpn (Sy tambah bbrp point)

#SharingIsCaring #copypaster #telegram

1. Mengapa bulan bercahaya pada waktu malam?
🌟 Kerana bulan memantulkan cahaya dr matahari ke bumi.

2. Mengapa cahaya bulan tidak kelihatan pada waktu tengah hari?
🌟Kerana cahaya matahari yg terlampau terang.

3. Mengapa  fasa-fasa bulan berlaku?
🌟Kerana bulan beredar mengelilingi bumi.

4. Mengapa  tempoh masa gerhana penuh bulan lebih lama berbanding gerhana penuh matahari?
🌟Kerana bayang2 bumi lebih besar dari bayang2 bulan.

5. Mengapa  gerhana bulan berlaku?
🌟Kerana bumi berada antara bulan dan matahari dalam satu garis lurus.

6. Mengapa  gerhana matahari berlaku?
🌟Kerana bulan berada antara bumi dan matahari dalam satu garis lurus.

7. Mengapa saiz bulan dan matahari kelihatan sama besar jika dilihat dari Bumi?
🌟Kerana jarak matahari dari bumi yg sangat jauh berbanding bulan.

8. Mengapa planet2 tidak berlanggar antara satu sama lain semasa beredar mengelilingi matahari?
🌟Kerana planet2 beredar melalui orbit masing2.

9. Mengapa planet Musytari merupakan planet paling ringan walaupun planet paling besar?
🌟Kerana Musytari terbentuk dari gas-gas termampat.

10. Mengapa planet sentiasa beredar mengelilingi matahari pada orbitnya?
🌟Kerana tarikan graviti matahari terhadap planet.

11. Planet yg berputar ikt arah jam
🌟Zuhrah

12. Planet yg berputar pada sisi
🌟Uranus

13. Planet manakah plg panas? Mengapa?
🌟Zuhrah. Kerana planet Zuhrah memerangkap haba.

14. Planet yg digelar sgb planet merah
🌟Marikh

15. Dimanakah kedudukan lingkaran asteroid?
🌟Diantara Marikh dan Musytari

💥Soalan tambahan

1. Apa yang akan berlaku kepada bongkah ais di kutub utara dan kutub selatan  sekiranya bumi mendekati Matahari?
🌟Bongkah ais akan cair.

2. Apakah kesan putaran bumi?
🌟Kejadian siang dan malam
🌟Perubahan panjang bayang2
🌟Kedudukan Matahari kelihatan berubah-ubah

3. Apakah kesan peredaran bulan?
🌟Kejadian fasa bulan

4. Apakah yang akan berlaku jika planet terkeluar dari laluan (orbit ) masing-masing?
🌟Planet2 akan berlanggar antara satu sama lain.

5. Apakah yang akan berlaku jika kedudukan bumi di planet Neptune?
🌟Tiada hidupan di Bumi

6. Apakah yang berlaku kepada haiwan ketika fenomena gerhana Matahari penuh?
🌟*Jawapan bergantung pd haiwan
Cth: kelawar dan burung hantu akan keluar mencari makanan.

7. Mengapakah kita hanya dapat melihat buruj tertentu pada bulan yg berbeza?
🌟kerana Bumi beredar mengelilingi Matahari dan menghadap bahagian langit yg berbeza

8. Di manakah kedudukan jalur asteroid?
🌟di antara planet Marikh dan Musytari

9. Mengapakah meteor terbakar?
🌟kerana geseran di antara batu meteoroid dgn udara di atmosfera (dipanggil sbg meteor)

10. Mengapakah bintang-bintang di langit kelihatan berkelip-kelip?
🌟Pembiasan cahaya bintang apabila melalui medium berbeza (lapisan atmosfera) sebelum sampai ke Bumi.

No comments:

Post a Comment