Definisi Terapi Muzik - Kickstory

Latest

Just Another View With A DSLR

Wednesday, September 14, 2011

Definisi Terapi Muzik



2.0 DEFINISI
Terapi :
(térapi) rawatan sesuatu penyakit fizikal atau mental secara proses pemulihan tanpa penggunaan ubat atau pembedahan; ~ peker­jaan aktiviti fizikal atau mental yang dilakukan untuk membantu merawat, memulihkan atau mengatasi masalah-masalah fizikal, emosi atau sosial yang dihadapi oleh seseorang.
                                                                                                                                                Kamus Dewan Edisi Empat
Muzik
Gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan, bunyi­bunyian; pemuzik ahli muzik, pemain alat muzik, atau pengubah muzik.
Kamus Dewan Edisi Empat

3.0 MAKSUD TERAPI MUZIK
Mengikut definisi American Music Theraphy Association,terapi muzik ialah intervensi muzik klinikal untuk mencapai matlamat individu di bawah hubungan terapeutik yang dilaksanakan oleh terapis yang telah dilatih dan berjaya dalam program terapi muzik yang diakui.

Terapi muzik merupakan intervensi terapeutik berbentuk bukan verbal di mana yang paling sesuai diaplikasikan untuk individu yang menghadapi masalah komunikasi dan didapati sukar mengekspresi perasaannya dengan secara verbal.Maka intervensi
( campur tangan dalam urusan antara dua pihak lain)  terapi muzik sesuai digunakan untuk
1.    Mengurus tekanan,
2.    Memulihkan kesihatan
3.    Mengekpres perasaan
4.    Meningkatkan ingatan
5.    Menambahbaikkan komunikasi
6.    Menggalakkan pemulihan fizikal
Peranan terapis menilai kesihatan emosi ,fizikal dan fungsi sosial,kebolehan komunikasi dan kemahiran kognitif melalui repons muzik,merancang sesi muzik untuk individu dan kumpulan berdasarkan keperluan klien dengan menggunakan improvasi muzik,mendengar muzik dengan hati terbuka ,menulis nyanyian ,perbincangan lirik,muzik dan imageri ,persembahan muzik dan pembelajaran melalui muzik ,perancangan rawatan ,penilaian on-going dan tindakan susulan




No comments:

Post a Comment