Falsafah Pendidikan Satu Pengenalan - Kickstory

Latest

Just Another View With A DSLR

Thursday, August 11, 2011

Falsafah Pendidikan Satu Pengenalan



Masyarakat Malaysia adalah majmuk, terdiri daripada berbilang kaum yang mempunyai kebudayaan yang berbeza. Keadaan perbezaan dan ketidakseimbangan kaum – kaum dalam masyarakat kita dianggap tidak sesuai dan mungkin menghalang perpaduan antara rakyat. Oleh itu, Malaysia telah merangka Rukun Negara pada tahun 1970 yang dijadikan dasar pendidikan, kewarganegaraan, pembangunan dan perkembangan masyarakat.
Rukun Negara ini terdiri daripada 5 prinsip yang utama:

-      Kepercayaan kepada tuhan
-      Kesetiaan kepada Raja dan Negara
-      Keluhuran Perlembagaan
-      Kedaulatan Undang – undang
-      Kesopanan dan Kesusilaan

Melandaskan kepada Rukun Negara ini, Malaysia berazam untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat dengan memelihara satu cara hidup demokrasi, mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama. Ia juga berazam untuk mencapai satu kebudayaan nasional yang kaya dan berbagai corak dan membina satu masyarakat maju yang menggunakan sains dan teknologi moden.
Ini telah menjadi dorongan asas untuk merangka KBSR dan KBSM dalam sistem pendidikan persekolahan Malaysia yang telah dilaksanakan dalam tahun 1980-an. Disamping itu, Dasar Pendidikan Kebangsaan telah dijadikan pertimbangan asas untuk merangka Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

No comments:

Post a Comment