Penipuan Internet - Kickstory

Latest

Just Another View With A DSLR

Thursday, June 16, 2011

Penipuan Internet

Kemajuan dunia internet sekarang ini sudah banyak disalah gunakan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab dengan melakukan pelbagai perkara seperti mengodam sistem, membuat traksaksi secara haram, menipu secara atas talian dan sebagainya.

Perlu diingatkan bahawa masalah ini tidak akan selesai sampai bila-bila walaupun dunia semakin pesat membangun jika terdapat manusia yang mengeplotasi segala kemudahan yang ada. Mereka tanpa bersalah melakukan perkara yang terkutuk terutamanya yang melibatkan banking secara atas talian (online banking).

Pelbagai langkah yang diambil bagi mengelakkan sistem banking dicerobohi dari pihak yang tidak bertanggungjawab. Di sini gua mahu bagi tip jika korang menggunakan banking online. Caranya ialah

1. Pastikan korang menaip dengan betul URL bank yang mahu diakses diruangan address di toolbar

2. Jangan lupa menaip dengan penuh URL bank yang mahu diakses dengan meletakkan "s" selepas menaip http. (s= security)

contohnya: https://www.maybank2u.com.my

3. Jangan sesekali menaip nama-nama bank pada enjin pencari seperti google, yahoo dan sebagainya semasa korang mahu mengakses online banking.

4. Jangan membuka pautan URL bank melalui email, link di laman sosial dan sebagainya.


p/s: segala keselamatan online banking terletak di bawah tanggungjawab korang..





No comments:

Post a Comment