Info Pantas? Join facebook kami Kickstory Join Now!

Perodua Axia E 2023 Harga Paling Murah RM22000

Perodua telah memperkenalkan model baharu Axia E bertransmisi manual dengan harga mampu milik hanya RM22,000 tanpa insurans
Admin
axia E manual 2023


Terbaru, perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) telah memperkenalkan model baharu Axia E bertransmisi manual dengan harga mampu milik hanya RM22,000 tanpa insurans

Perodua Axia E yang dikeluarkan ini adalah model yang paling murah pernah diperkenalkan oleh PERODUA sejak model pertamanya, Kancil, yang dilancarkan pada Ogos 1994 dengan harga RM24,800.

Model terbaharu Axia E bagi tahun 2023 ini direka untuk disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah. Pada tahun 2023, Axia E yang dikeluarkan ini mengalami beberapa perubahan dan peningkatan mutu untuk memenuhi keperluan golongan yang berpendapatan rendah. 

Spesifikasi Perodua Axia E

Perodua Axia E, katanya didatangkan dengan dua beg udara, sistem peringatan tali pinggang keledar untuk pemandu dan jaminan selama lima tahun.

Antara ciri-ciri yang terdapat pada Axia E ialah

  • Dikuasakan oleh enjin petrol 1.0L 3-silinder
  • Hanya ditawarkan dalam versi transmisi manual lima kelajuan
  • Ada Aircond, ada Power Steering, ada Power Window
  • Servis setiap 10,000 KM, Warranty 5 tahun
  • Spesifikasi paling asas, tiada ABS

Pilihan Warna Axia E

Axia E bertransmisi manual dilengkapkan dengan tiga pilihan warna dtawarkan iaitu Ivory White, Glittering Silver serta warna baharu Granite Grey.

Harga Perodua Axia E 2023

Harga yang ditawarkan pada model ini adalah RM22,000 tanpa insurans. Anggaran insuran adalah RM250 - RM300 sahaja? Adakah ini berbaloi. 

Harga dan spec yang ditawarkan ini mungkin berbaloi terutamanya kepada golongann yang berpendapatan rendah yang sudah berkeluarga.

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan spesifikasi penuh dan perbandingan model Perodua Axia bolehlah tainjau di pautan berikut: https://www.perodua.com.my/our-models/axia.html

إرسال تعليق

Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.
AdBlock Detected!
We have detected that you are using adblocking plugin in your browser.
The revenue we earn by the advertisements is used to manage this website, we request you to whitelist our website in your adblocking plugin.