20+ Jenama Baju Melayu Tahun 2023

baju melayu


Baju Melayu ialah busana tradisional yang dipakai oleh lelaki Melayu di Malaysia, Brunei, Singapura dan sebahagian wilayah Indonesia. Baju Melayu juga sering dipakai oleh kaum lain terutamanya dalam majlis-majlis perayaan dan sebagainya.

Baju Melayu yang paling asasnya terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian baju berlengan panjang dengan dua jenis bentuk kolar (teluk belanga dan cekak musang), serta bahagian seluar panjang.

Kedua-dua bahagian asas ini diperbuat dengan kain yang sama jenis yakni kain kapas, linen dan satin. Set lengkap baju Melayu adalah terdiri daripada bahagian asas baju dan seluar, dengan lilitan kain samping yang diperbuat daripada songket atau tenunan di sisi pinggang, serta pemakaian destar (seperti tengkolok, tanjak, songkok dan kupiah) di bahagian kepala.

Baju Melayu biasanya dipakai sebagai pakaian harian terutama sekali untuk bersembahyang, ke pejabat, majlis formal, dan sebagai pakaian adat. Baju Melayu juga merupakan pakaian rasmi Malaysia.

Pada hari ini, #kickstory ingin berkongsi jenama-jenama yang baju Melayu yang ada di pasaran bagi tahun 2023. Antara pilihan baju Melayu yang sering dan pernah digunakan oleh admin ialah Alain Delon, Olando, John Master, Crocodile dan Snails. 

Terdapat lebih 20 jenis jenama dan koleksi baju Melayu yang boleh digayakan sempena lebaran nanti. Tidak meriah sambutan lebaran tanpa memakai baju Melayu kan. Jom kita lihat antara jenama baju Melayu yang sempat admin cari. 

Jenama Baju Melayu Tahun 2023

  1. Alain Delon
  2. Orlando
  3. John Master
  4. Bulan Bintang
  5. Elrah Exclusive
  6. Bentop
  7. Pazze
  8. Emmer Zecna
  9. Gene Martino
  10. Dapper
  11. Adnaa Collection
  12. Jakel
  13. Auramen Luxe N Co
  14. Forest x Hatta Dolmat
  15. Primavalet
  16. Wakdoyok Clothing
  17. Ukasyah Exclusive
  18. Myravallyn
  19. Inhanna
  20. Polo Haus
  21. iDexer
  22. Exhaust
  23. Elews Design
  24. Jovian Mandagie
  25. J.Labella Atelier
  26. Sopan Warisan
  27. Smart Master
  28. Lubna Homme
  29. RIJAL&Co.

Mana satu jenama baju pilihan korang? Komen di bawah

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url