Info Pantas? Join facebook kami Kickstory Join Now!

IDME Sistem Pengurusan IDentiti KPM

Login idMe (Sistem Pengurusan IDentiti) adalah panduan akses repositori utama untuk menyimpan dan mengesahkan semua kelayakan pengguna KPM
Admin
idme kpm


Sistem Pengurusan IDentiti (idMe) adalah satu sistem baru yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). idMe ini juga  berfungsi sebagai Single Sign-On (SSO) yang membolehkan semua sistem untuk membuat pengesahan pengguna ke IDMS secara luaran bagi mengelakkan duplikasi

Sistem ini disambut baik bagi mengatasi masalah aplikasi-aplikasi KPM yang perlu dipusatkan kepada satu aplikasi sahaja bagi memudah dan menstruktur akses kepada setiap aplikasi KPM.

Login Sistem Pengurusan IDentiti

Untuk akses kepada sistem ini, pengguna hanya perlu ke https://idme.moe.gov.my/

Penggunaan sistem seumpama ini sedikit sebanyak dapat memudahkan urusan guru untuk mengakses banyak akaun berkaitan tanpa mempunyai banyak login ID menyebabkan kebarangkalian lupa kata laluan. Selain itu, alamat aplikasi juga tidak perlu banyak disimpan hingga menyukarkan akses jika tersilap alamat web atau kehilangan alamat web.

Sistem Bersepadu Kementerian Pendidikan (MOEIS)

Aplikasi dalam sistem pengurusan identiti merangkumi beberapa aplikasi iaitu

  • Pengurusan Awam
  • Pengurusan Murid
  • Pengurusan Institusi
  • Pengurusan Guru
  • Pengurusan Pentaksiran
  • Penubuhan dan Pendaftaran Institusi



Post a Comment

Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.
AdBlock Detected!
We have detected that you are using adblocking plugin in your browser.
The revenue we earn by the advertisements is used to manage this website, we request you to whitelist our website in your adblocking plugin.