Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Tambahan Khas 2023

KGT Tambahan Khas 2023

Kerajaan Perpaduan bersetuju untuk meneruskan pemberian Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam gred 11 hingga 56

Pemberian KGT Tambahan Khas sebanyak RM100 kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi tahun 2023.

Pelaksanaan KGT Tambahan Khas

  1. Gaji hakiki pegawai pada 31 Disember 2022 + KGT Tambahan Khas(RM100) pada 1 Januari 2023
  2. Amaun gaji tersebut kekal dalam gaji hakiki pegawai
  3. KGT Tambahan Khas hanya diberi pada tahun 2023 sahaja
  4. Pemberian KGT Tambahan Khas tidak mengubah Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) dan Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) pegawai, tertakluk kepada peraturan yang sedang berkuatkuasa.

Tarikh Berkuatkuasa

  1. 1 Januari 2023

Pegawai Yang Layak KGT Tambahan Khas

  • Pegawai Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional
  • Bertaraf tetap, sementara dan kontrak (Contract of Service); dan
  • Telah dilantik sebelum 1 Januari 2023 dan sedang berkhidmat pada 1 Januari 2023

Soalan Lazim KGT Tambahan Khas

kgt tambahan khas
kgt tambahan khas
kgt tambahan khas






Muat turun

  1. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2022
  2. Soalan Lazim
  3. Infografik
Sumber/ Rujukan: JPA

Previous Post Next Post