Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA

contoh soalan ujian psikometrik


Adakah anda dipanggil untuk menghadiri ujian Psikometrik iaitu ujian Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) yang dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)?

Jika anda adalah salah seorang calon yang dipanggil untuk menghadiri ujian psikometrik, artikel ini sangat sesuai untuk anda kerana kami ingin berkonsgi serba sedikit tips dan panduan cara menjawab soalan psikometrik.

Sudah sedia maklum bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengumumkan tarikh peperiksaan ujian psikometrik yang akan dijalankan bermula pada 10 hingga 13 Januari 2023 menerusi laman rasmi mereka bagi jawatan seperti, 

  • Penolong Penguasa Penjara Gred KA29
  • Pembantu Arkib Gred S19
  • Pembantu Pemulihara Gred S19
  • Pembantu Awam Gred H11

ujian psikometrik

Jika anda adalah salah seorang calon bagi ujian psikometrik sesi 2023, artikel ini sangat sesuai untuk anda. Kami akan kongsikan beberapa perkara mengenai Ujian Psikometrik SPA yang sering ditanyakan kepada calon yang terlibat dengan Ujian Psikometrik ini.Teruskan membaca. 

Format Soalan Ujian Psikometrik


Ujian Psikometrik TIDAK mempunyai format yang tetap dan soalan akan ditarafkan mengikut keperluan. Untuk menjawab bahagian ini tidak seharusnya menjadi satu masalah bagi kebanyakan calon.

Ujian Psikometrik ini sebenarnya ujian yang paling mudah untuk dijawab. Kita hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah), (Ya atau Betul atau Tidak Pasti) ataupun 4 - 5 jawapan yang menguji keyakinan anda (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju) sebagai refleksi keyakinan anda dalam membuat pilihan.

Nampak mudah kan? TAPI.....ramai yang terperangkap dengan masa dan atitud suka hentam sebab tak cukup masa.

Ramai calon gagal dalam ujian ini walaupun ianya nampak mudah. Kegagalan calon dalam Ujian Psikometrik ini, akan menyebabkan anda gagal menjawat jawatan yang didamkan. 

Sebenarnya ujian Psikometrik ini antara ujian penting untuk menyingkirkan calon. Anda pun tahu kan yang anda ada ramai pesaing. Calon dari seluruh negara berebut jawatan dengan anda. Kekosongan jawatan yang tak banyak memerlukan pihak suruhanjaya menyingkirkan calon dengan ujian-ujian penilaian.

Rujukan Ujian Psikometrik 

Calon Exam Ujian Psikometrik bagi jawatan Penolong Penguasa Penjara Gred KA29, Pembantu Arkib Gred S19, Pembantu Pemulihara Gred S19 dan Pembantu Awam Gred H11 usah risau kerana anda berada di tempat yang betul untuk mendapatkan rujukan soalan peperiksaan online ini. 

Dapatkan contoh soalan Ujian Psikometrik, yang boleh membantu calon-calon untuk membuat persediaan awal untuk menduduki peperiksaan ini.

Ini rujukan untuk bantu persediaan exam anda! Rujukan Ujian Psikometrik  Download

Contoh Soalan Ujian Psikometrik

Dibawah ini adalah contoh-contoh soalan ujian psikometrik yang ditanya

psikometrik 2022


psikometrik 2022


psikometrik 2022


200 contoh soalan Psikometrik SPA 2023 yang disediakan dalam rujukan ini sedikit sebanyak akan membantu calon-calon yang akan menduduki ujian Psikometrik pada tahun ini. Tunggu apa lagi?

Dapatkan rujukan ini untuk bantu persediaan exam anda! Rujukan Ujian Psikometrik  Download

Previous Post Next Post