Penat Larikan Diri Sebab Takde Duit Nak Bayar Hutang?

bebas hutang


Ini 5 Perkara PENTING Yang Perlu Anda Lakukan Jika Anda Betul-Betul Sudah Buntu - Tidak Mampu Lagi Untuk Membayar Hutang Bank!

Berhutang ini sesuatu yang sangat indah pada permulaannya.. Ya, ini kerana kita mampu mendapatkan sesuatu yang kita mahukan tanpa perlu mengeluarkan sebarang wang pun.. Ia memang indah!

Tambah jika kita membeli suatu yang besar seperti kereta dan rumah, kita sememangnya tidak mempunyai wang untuk membayarnya 100% secara cash kerana jumlahnya sangatlah besar.. Hanya dengan 10% deposit, kita sudah mampu memilikinya dan selebihnya kita perlu membayar hutang tersebut kepada bank setiap bulan.. Ia sangat mudahkan kehidupan kita..

Tapi tabiat berhutang ini juga boleh menyebabkan anda menjadi makin ketagih.. Opps.. Bukan ketagih dadah atau benda-benda pelik TAPI ketagih untuk membuat hutang demi hutang bagi mendapatkan sesuatu yang dimahukan terutamanya bila anda dah mempunyai kad kredit..

Mula-mula dapat kad kredit rasa ragu-ragu nak gunakannya.. Tapi bila sekali dah gunakannya untuk mendapatkan barangan seperti handphone dan sebagainya, anda pasti akan terjebak untuk gunakannya berkali-kali untuk tujuan lain.. Dengan kad kredit ini, anda mampu dapatkan barang dulu dan cukup bulan baru bayar.. Inilah perkara yang sangat disukai ramai!

Namun kegembiraan tersebut hanyalah sementara sahaja kerana bila tengok bil kad kredit, anda pastinya akan demam dan pening kepala untuk memikirkan bagaimanalah cara untuk membayar segala hutang-hutang tersebut.. Ditambah dengan hutang kereta, hutang rumah serta hutang sambung belajar dulu, ia memang mampu membuatkan anda hidup tertekan!

Pada awalnya pasti anda berkeyakinan untuk membayarnya.. Setiap kali dapat gaji, potong situ potong sini khas untuk membayar hutang-hutang yang ada - sampai duit belanja rumah pun kadangkala terpaksa digunakan untuk membayar hutang tersebut.. Tapi bila hutang dah makin bertambah, anda sudah tak mampu lagi untuk membayarnya sendiri..

Maka bermulalah episod-episod menjadi seorang pelarian yang terpaksa melarikan diri daripada para penghutang.. Panggilan telefon daripada pihak bank pun anda tidak berani lagi nak jawab kerana anda sudah tidak mampu lagi untuk membayarnya.. 

Sehinggalah satu hari anda menerima notis tuntutan membayar hutang dari pihak peguam yang memberikan peringatan akan bawa kes ini ke mahkamah jika anda masih gagal membayarnya.. Ia pasti akan membuatkan anda sesak nafas dan semakin hilang pertimbangan diri untuk teruskan kehidupan..

"Apa Sebenarnya yang Perlu Anda Lakukan Pada Saat Mencabar Ini?"

Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah jangan lari daripada penghutang.. Tindakan melarikan diri daripada penghutang dan kegagalan untuk bayar hutang bank boleh menyebabkan hutang anda akan lebih bertambah, aset-aset anda akan ditarik atau dilelong, malah anda juga sukar untuk pohon pinjaman atau perkhidmatan kewangan lain pada masa depan.. 

DAN paling penting juga walaupun anda sedang menghadapi keadaan yang sangat teruk ini, pastikan anda tidak mengambil keputusan untuk membunuh diri anda.. Ia sangatlah berdosa dan mampu membuatkan ahli keluarga anda yang lain terpaksa hidup dalam keaiban akibat daripada perbuatan anda serta hutang-hutang anda!

Sebenarnya semua boleh diselesaikan jika anda bertenang dan mula berfikir secara rasional.. Inilah antara 5 perkara PENTING yang perlu anda lakukan jika anda benar-benar terdesak dan tidak mampu lagi nak bayar hutang-hutang anda..

#1 - Mencari sumber pendapatan baru yang tidak memerlukan modal untuk mendapatkan keuntungan seperti menjadi agen produk affiliate, agen dropship dan sebagainya..

#2 - Letakkan keutamaan hutang mana satukah yang paling penting untuk dibayar terlebih dahulu (kalau boleh hutang yang boleh memudaratkan anda jika terlewat bayar).. 

#3 - Meminta khidmat nasihat daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk tahu cara terbaik bagi mengatasi masalah hutang anda..

#4 - Berterus-terang kepada pihak bank tentang situasi anda dan meminta mereka nasihat serta jalan yang lebih baik untuk pastikan anda mampu membayar hutang-hutang anda..

#5 - Buat "garage sales' untuk menjual barang-barang yang anda tidak perlukan agar anda mampu mendapatkan cash untuk membayar hutang anda..

Dan jangan lupa buat solat hajat meminta izin dan petunjuk daripada Allah SWT untuk mengatasi masalah hutang membelanggu diri anda ini.. Pastikan anda sentiasa bertenang dan bertawakal, InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan.. 

Kunci sebenar untuk anda keluar daripada situasi yang menyakitkan ini ialah dengan berusaha untuk memperbaiki diri anda dan kewangan sendiri, berdisiplin dalam berbelanja dan berusaha untuk mencari jalan untuk menambah pendapatan agar anda mampu kembali membayar hutang-hutang anda dengan lebih mudah.. Jangan segan untuk minta nasihat! 

Bukan anda sahaja yang sedang mengalami perkara ini.. Ramai lagi orang terutamanya yang masih muda sedang mengalami masalah yang sama seperti anda.. Malah penulis buku motivasi & psikologi terkenal, Dr HM Tuan Iskandar juga pernah mengalami perkara ini suatu masa dahulu sebelum berjaya mengatasinya dan bangkit seperti hari ini..

Segala pinjaman membeli kereta mewah, pinjaman membeli hartanah serta hutang-hutang lain ini telah berjaya beliau langsaikan dalam masa beberapa tahun sahaja dengan menggunakan cara yang lebih berkesan.. Beliau berkongsi cara terbaik yang beliau praktikkan untuk membayar kesemua hutang-hutang ini dalam sebuah ebook yang bertajuk "Jom Bebas Hutang"..

Ebook ini membongkarkan cara sebenar bagaimana beliau yang pernah tersilap besar dalam menguruskan hutang-hutang ini - mampu untuk kembali membayarnya satu per satu dan membolehkan beliau menjadi bebas kewangan.. Anda bukan sahaja mampu pelajari strategi berkesan yang digunakannya, anda juga pasti anda mendapat inspirasi daripada penulisannya!

Apa yang bakal anda pelajari dalam ebook ini ialah..

- 4 Jenis hutang SEBENAR yang perlu anda ketahui dan sebahagian besar daripadanya perlu dielakkan..

- 3 Perkara WAJIB yang perlu anda miliki sebelum mengambil sesuatu hutang agar tidak terperangkap dalam bebanan hutang selama-lamanya..

- 3 Kategori hutang dalam kehidupan anda dan cara TERBAIK untuk menyelesaikannya.. 

- 10 Prinsip & Perkara PENTING yang perlu anda lakukan untuk langsaikan semua hutang anda dengan lebih mudah..

- 3 Langkah BERKESAN yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan dan melunaskan hutang anda satu demi satu dengan lebih pantas..

- 3 Langkah EFEKTIF yang perlu anda lakukan apabila menghadapi kesulitan serta gagal untuk membayar hutang-hutang anda..

- 3 Perangkap nafsu & kehendak yang perlu anda ELAKKAN agar hidup anda mampu menjadi bebas dari sebarang masalah hutang..

- Amalan harian serta doa MUSTAJAB yang mampu membantu anda melepaskan diri dari masalah hutang serta memulihkan stress yang anda hadapi akibat hutang..

Dengan ilmu dan perkongsian dalam ebook ini, anda pasti mampu menguruskan kembali hutang-hutang anda dengan lebih berkesan tanpa perlu berasa risau apabila melihat bil hutang kad kredit anda setiap bulan.. Ia juga bakal mendidik anda menjadi lebih berdisiplin dalam menguruskan perbelanjaan anda serta perbelanjaan keluarga anda pada masa depan!

Inilah penyelesaian serta bantuan yang anda perlukan untuk menghadapi situasi mencabar yang penuh dengan tekanan akibat daripada jumlah hutang-hutang yang semakin meningkat di luar kawalan anda..

 Bertindaklah untuk mula mengubah kehidupan anda pada hari ini agar mampu menjadi lebih baik dan lebih bahagia untuk masa depan diri & keluarga anda..

Jom belajar cara perbaiki kewangan & membayar kembali hutang anda dengan lebih berkesan di:

<<Jom Bebas Hutang>>

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url