Jawatan Kosong di MAIK

 

jawatan kosong maik

Makluman kepada semua pencari kerja di Malaysia seperti pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), lepasan sijil, lepasan diploma, lepasan ijazah, Master, PhD  dan lain-lain kepakaran dan kemahiran, terdapat kekosongan jawatan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)

Penafian: Blog ini hanya menyiar ulang jawatan dengan tujuan memberi maklumat sahaja. Untuk permohonan jawatan, kami akan bawa anda kepada portal rasmi majikan seperti yang diiklankan


Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mempelawa warganegara Malaysia (keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan) yang berkelayakan untuk memohon jawatan seperti berikut;

  • Pegawai Hal Ehwal Islam (Pegawai Penyelidik) - S41 [Kontrak]
  • Pustakawan - S41 [Kontrak]
  • Penolong Akauntan - W29 [Kontrak]
  • Penolong Pegawai Teknologi Maklumat - FA29 [Sambilan]
  • Pembantu Pustakawan - S19 [Kontrak]
  • Juruteknik Komputer - FT19 [Kontrak]
  • Pemandu Kenderaan - H11 [Tetap]


Calon-calon yang layak untuk mengisi kekosongan jawatan yang telah dinyatakan di atas bolehlah membuat permohonan dengan mengikut panduan mengisi jawatan kosong yang telah dinyatakan di bawah. 


Cara Membuat Permohonan


Permohonan jawatan kosong di  Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) perlulah dilakukan dengan cara di bawah;

1) Permohonan jawatan kosong seperti yang dinyatakan di atas boleh dilakukan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan (MUI)Kn, 1/93 yang boleh diambil sendiri di Bahagian Khidmat Pengurusan, Tingkat 1, Majlis Agama Islam dan Adat  Istiadat Melayu Kelantan. atau muat turun borang melalui pautan di bawah

2) Permohonan dari pegawai sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan berserta Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2020 / terkini dan kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.

3) Salinan sah sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat berkaitan bersama gambar berukuran passport yang telah disahkan oleh pegawai perkhidmatan gred 41 dan ke atas hendaklah dikembarkan bersama borang permohonan.

4)  Permohonan yang tidak mengikut peraturan dan lewat diterima tidak akan dilayan.


Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:

YABrs. Timbalan Yang Dipertua,

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,

Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,

15200 KOTA BHARU.


Perkara Am

  1. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
  2. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Syarat lantikan bagi jawatan yang ditawarkan boleh dilihat di sini IKLAN JAWATAN KOSONG

Tarikh Akhir Permohonan

Tarikh akhir permohonan bagi jawatan kosong seperti di atas ialah  pada 18 November 2021

Sumber: MAIK

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url