Menang Kuiz! Terima Kasih Kim Proton

kuiz proton


Beberapa minggu yang lalu, Hakimah Proton Harima 4s ada membuat contest meneka 4 perbezaan antara 2 biji kereta X70 yang berwarna merah dan warna putih melalui hantaran Facebook. Bagi memeriahkan contest tersebut, saya cuba untuk meneka perbezaan tersebut.

kuiz proton


Jika tidak dilihat dengan teliti rasanya orang tidak akan perasan antara perbezaan kereta X70 yang berwarna merah dan putih tersebut. Korang nampak perbezaan tersebut tak?

kuiz proton

Apabila meneliti perbezaan antara dua biji kereta x70 tersebut, saya telah meneka jawapannya. Antara jawapan yang saya teka ialah, 

kuiz proton


Tak sangka pula saya menang dalam tekaan tersebut.  Terima kasih kepada Kim Proton kerana memberi hadiah kepada saya dan beberapa pemenang yang lain. (Macam kenal je 2 orang pemenang di Tanah Merah tersebut..kikiki)


Proton x80 bila dilancarkan?


Tadi apabila scroll facebook, terlihat posting dari carlist.my tentang model kereta proton yang baru iaitu x80. Betul ke model x80 akan dipasarkan dalam pasaran Malaysia nanti? Kita tunggu pelancaran tersebut nanti.

proton x80
Gambar: carlist.my


Kepada korang diluar sana yang berada di sekitar Kota Bharu, Kelantan atau lain-lain tempat, jika ingin membeli kereta Proton, bolehlah contact Kim Proton atau terus ke showroom Proton Harima Automobil 4S yang terletak di Bandar Tunjung bersebelahan dengan Showroom Honda. Manalah tahu korang berminat nak test drive kereta dan grab sebijik kereta baru. Bolehlah cuba p showroom tu.. 

Boleh juga usha-usha kereta kat facebook Hakimah Proton Harima 4s

Terima kasih sekali lagi kepada Kim Proton dan rakan-rakan yang telah memberikan hadiah kepada saya. Lain kali jangan segan silu buat contest lagi, jika tak sibuk saya akan join..hihi

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url