Hantar Foto Resolusi Penuh di WhatsApp

whatsapp resolusi penuh


WhatsApp telah digunakan setiap hari oleh berjuta-juta pengguna di seluruh dunia sebagai medium berkomunikasi pada hari ini. WhatsApp menjadi pilihan pengguna kerana mudah untuk diakses, menyediakan perkhidmatan SMS, audio call dan video call secara percuma.


Pada hari ini, whatsapp digunakan untuk menghantar berjuta-juta gambar dan video yang sangat penting. Walaupun whatsapp mempunyai ciri-ciri yang menarik namun whatsapp juga mempunyai kelemahan contohnya whatsapp akan mengecilkan resolusi gambar dan video dengan memampatkan file tersebut bagi menjimatkan penggunaan data dan mengurangkan masa untuk muat naik file pengguna.


Walaupun ciri memampatkan resolusi fail ini dapat membantu menjimatkan ruang storage telefon dan menjimatkan data tetapi kadang-kadang file tersebut tidak dapat digunakan kerana kualiti gambar menjadi tidak jelas dengan kata lain gambar tersebut menjadi blur apabila kita mencetak gambar tersebut. 


Penyelesaian untuk masalah ini sangat mudah, bagi menghantar gambar dan video dengan reolusi penuh tanpa kehilangan kualiti, kita boleh menghantar fail dengan memilih Dokumen dan bukannya Galeri. Bagi mengetahui bagaimana cara untuk menghantar gambar atau video dengan resolusi penuh, anda bolehlah melihat cara-cara di bawah. 


Cara Hantar Gambar Resolusi Penuh


Langkah 1: Klik pada butang attach file

whatsapp resolusi penuh


Langkah 2: Pilih Dokumen

whatsapp resolusi penuh


Langkah 3: Lihat Dokumen lain

whatsapp resolusi penuh


Langkah 4: Pilih image atau video

whatsapp resolusi penuh


Langkah 5: Pilih file foto yang ingin dihantar

whatsapp resolusi penuh


Langkah 6: Selesai

whatsapp resolusi penuh


Itu sahaja perkongsian saya pada hari ini. Semoga bermanfaat. 

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url