Exam Online PSEE Leftenan Muda Maritim T13

 

Leftenan Muda Maritim T13

TAHNIAH kepada calon-calon yang layak menduduki peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) bagi jawatan Leftenan Muda Maritim T13. Calon yang berjaya menduduki exam online ini, sudah tentu sudah bersiap sedia untuk menduduki PSEE pada 29 Julai 2021 ini nanti.


Buat persediaan sebaik mungkin. Anda tak banyak masa dah. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Speed-up terus. Kalau bawak kereta tu terus gear TURBO!


Anggap ni peluang terakhir dari pihak SPA untuk anda. Ramai lagi yang isi borang SPA8i tapi tak dapat panggilan. Anda dapat! Mungkin 'next cycle' anda dah tak dipanggil. Manfaatkan peluang ni dengan menjawab sehabis baik. 


Pada kali ini, exam Leftenan Muda Maritim T13  dengan format penilaian hanya 2 Seksyen sahaja iaitu 
  • Daya Menyelesaikan Masalah
  • Kefahaman Bahasa Inggeris

Daya Menyelesaikan Masalah


Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek daya penyelesaian masalah dengan soalan-soalan konsep matematik, menginterpretasi data dan kemahiran logik. Seksyen ini juga menguji calon dalam kemahiran matematik, kepantasan menjawab soalan dalam tempoh masa yang terhad.


Kefahaman Bahasa Inggeris


Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai kemahiran berbahasa Inggeris dengan diberikan pernyataan atau petikan esei dan menjawab berdasarkan pemahaman anda. Soalan ini adalah dalam bentuk penggunaan tatabahasa Inggeris.

Rujukan Exam Leftenan Muda Maritim T13


Tiada rujukan khusus untuk exam Leftenan Muda Maritim T13 pada kali ini, tetapi terdapat bonus rujukan Leftenan Muda Maritim T13 yang diberikan secara PERCUMA jika anda mendapatkan rujukan EXTRA Seksyen Soalan Exam Kerajaan yang merangkumi Extra Seksyen bagi Daya Menyelesaikan Masalah dan Kefahaman Bahasa Inggeris. 


Diharap rujukan ini boleh membantu calon-calon untuk membuat persediaan awal untuk menduduki peperiksaan ini.

Ini rujukan untuk bantu persediaan exam anda!


Persediaan Sebelum Menduduki Exam 


Sebelum itu, apa persediaan yang perlu dilakukan untuk menduduki exam Leftenan Muda Maritim T13? Antara persediaan yang boleh dilakukan ialah

  • membuat persediaan yang rapi
  • membuat rujukan yang tepat
  • mempunyai keyakinan yang tinggi
  • berdoa dan pengharapan yang memuncak

Guna rujukan teras ini, sebelum menduduki peperiksaan online bagi Leftenan Muda Maritim T13 




Tiada jaminan untuk anda lulus. Tapi inshaAllah ianya akan membantu anda. Semak di web perkongsian calon lain sebelum anda.


Biar calon lain LEKA + OVERCONFIDENT tapi tak jumpa rujukan ni. Anda jumpa. Terus ambil peluang. Buat semua latihan dan nota-nota dalam ebook ini;


Deskripsi Tugas Leftenan Muda Maritim T13


Leftenan Muda Maritim bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas peringkat sokongan yang melibatkan Zon Maritim Malaysia dari segi menguatkuasakan undang-undang dan peraturan di bawah undang-undang persekutuan; melaksanakan tugas mencari dan menyelamat, mencegah dan menyekat pelakuan kesalahan; memberikan bantuan perkara berkaitan dengan penjenayahan apabila dipohon oleh negara luar; melaksanakan pengawasan udara dan pantai serta menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada agensi yang memerlukan. 


Di samping itu, tugas yang dilaksanakan di Zon Maritim Malaysia dan lautan lepas ialah mencari dan menyelamat; mengawal dan mencegah pencemaran maritim, pencegahan dan penyekatan pengedaran haram dadah narkotik. Tugas yang dilaksanakan akan diletakkan di bawah perintah dan kawalan Angkatan Tentera Malaysia semasa darurat, krisis khas atau peperangan


Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url