Cara Memulakan Penternakan Kambing

panduan ternak kambing


Zaman sekarang ni, petani dan penternak pun boleh jana pendapatan beribu-ribu ringgit daripada hasil tanaman dan ternakan mereka sendiri.


Tak semua orang boleh jadi petani dan penternak, sebab kekangan ilmu dan modal untuk memulakan. Tapi dimana ada kemahuan, disitu ada jalan, betul tak?


Kalau anda nak belajar macam mana nak mulakan penternakan kambing.. Anda boleh dapatkan ebook Rahsia Kambing (Panduan Memulakan Penternakan Kambing) daripada Klikjer.com. 


Dalam ebook ni ada ilmu yang lengkap step-by-step cerita macam mana nak mula projek penternakan kambing.


Dari mula mengenal spesis kambing, cara pilih baka, cara dapatkan  modal, cara bina kandang, cara upah pekerja, cara nak perah susu kambing, cara nak rawat sakit kambing hinggalah kepada cara nak jual!


Lengkap!


Kalau anda dah lama menanam hasrat untuk memulakan penternakan kambing, boleh dapatkan ebook ni daripada Klikjer.com.  Semua info dah tersedia, anda tinggal mula sahaja!


Klik link ini..


[KLIK] Panduan Memulakan Penternakan Kambing



Berapa Modal Untuk Ternak Kambing?


Soalan paling popular yang biasa kita dengar tentang penternakan kambing ini ialah:


"Agaknya berapakah jumlah modal dan kos yang diperlukan untuk memulakan projek ternakan kambing?"


Ya, permintaan terhadap daging kambing serta susu kambing sangat tinggi dari semasa ke semasa sehinggakan negara kita terpaksa mengimport lebih 12,000 ekor kambing 2 tahun lepas dari negara luar terutamanya pada musim perayaan..


Dengan permintaan yang sangat tinggi dan meningkat pada setiap tahun ini, membuatkan lebih ramai orang memilih untuk terjun ke bidang pertenakan kambing..


Bayangkan jika anda mempunyai ladang ternakan kambing yang luas, dipenuhi dengan kambing-kambing yang sihat dan 3G (gemuk, gebu, gempal).. Sudah pastinya anda mampu menjana keuntungan yang lumayan daripada hasil projek ternakan ini!


Tapi untuk memulakan projek ternakan kambing ini sangat memerlukan MODAL yang mencukupi mengikut skala ataupun matlamat projek penternakan anda..


Jika anda melakukan secara suka-suka, anda boleh memulakan projek ternakan ini secara kecil-kecilan sahaja dengan modal yang minimum.. 


TAPI jika anda benar-benar mahu jadikan projek ini sebagai satu kerjaya, anda perlu keluarkan modal yang lebih besar untuk pastikan ianya berjalan lancar..


Berikut antara 7 pecahan kos yang diperlukan untuk memulakan projek ternakan kambing:


  1. Kos membeli atau menyewa tanah untuk membangunkan ladang ternakan
  2. Kos membina kandang kambing (Kos minimum hanya RM2000)
  3. Kos menanam rumput Napier di ladang sebagai makanan kambing.
  4.  Kos membeli makanan tambahan atau pallet untuk ternakan kambing.
  5. Kos membeli baka kambing ternakan (harga dari RM600 hingga RM1500 bergantung kepada jenis baka dan usia)
  6. Kos membeli ubat-ubatan seperti ubat luka luaran, ubat luka berulat, antibiotik, ubat penyakit kutu, kurap dan kecacingan
  7. Kos membayar pekerja, bil utiliti dan lain-lain bil tambahan



Jika anda sudah ada tanah sendiri dan mahu memulakannya secara kecil-kecilan, modal yang diperlukan adalah sekitar RM5000 hingga RM10,000 bergantung kepada keperluan projek ternakan kambing anda. 


Maka jumlah minimum yang perlukan ialah sebanyak RM5000 (jika anda melakukannya secara kecil-kecilan).. Anda boleh mulakannya dengan membela 2 ekor kambing (sepasang jantan dan betina) dulu untuk permulaan dengan modal yang terhad..


Jika anda betul-betul serius untuk memulakan projek ternakan kambing berskala besar dan memerlukan modal yang banyak, anda boleh cuba untuk memohon pinjaman bank dengan syarat anda mempunyai perancangan yang jelas & kertas kerja yang detail mengenai projek anda.


DAN paling penting anda perlukan ILMU & LATIHAN tentang ternakan kambing. InsyaAllah, anda pasti mampu berjaya dalam projek penternakan kambing anda jika anda mempunyai ilmu serta pengalaman cara sebenar menguruskan ternakan kambing..


Klik link berikut jika anda mahu belajar lebih lanjut tentang penternakan kambing:


[KLIK] Panduan Memulakan Penternakan Kambing


5 Jenis Baka Kambing Yang Perlu Anda Tahu!


Maklumat ini sangat PENTING untuk difahami sebelum anda memulakan sebarang projek ternakan kambing kerana ia mampu menguntungkan anda!

Ada yang menyangka perkara penting untuk berjaya dalam penternakan kambing ialah mempunyai tanah yang luas serta mempunyai kandang kambing yang selesa.. Mereka sanggup berhabis modal untuk membeli atau menyewa tanah dan membina kandang yang dimahukan..

Ia satu tindakan yang agak kurang berbaloi kerana menghabiskan modal untuk ladang ternakan sahaja akan menyebabkan projek ternakan anda tidak berjaya!

Ini kerana ada yang lagi penting dari itu.. Kalau ianya tiada, maknanya tiada maknalah projek ternakan kambing anda.. 

Ia adalah KAMBING! 

Ya, kalau tiada kambing yang hendak diternak kerana kekurangan modal, anda cuma akan menternak lalang di tanah ladang tersebut.. Haha :P

Untuk menjadi seorang penternak kambing yang berjaya, kita perlu tahu memilih baka kambing yang sesuai untuk diternak - sesuai dengan projek penternakan kambing yang telah dirancangkan..

Dengan memilih baka kambing yang benar-benar terbaik untuk projek kita, sudah tentu kita mampu menjana keuntungan pada masa depan!

Berikut antara 5 jenis baka kambing yang sangat berbaloi untuk projek ternakan kambing anda..

#1 - Katjang (Jenis Pedaging)

- Punyai tahap kesuburan yang tinggi (satu kelahiran hasilkan hingga 4 ekor anak)
- Sangat mudah dijaga & mampu sesuaikan diri dengan persekitaran.
- Kualiti daging yang sangat tinggi

#2 - Jamnapari (Jenis Penusu)

- Ia juga dikenali sebagai kambing Ettawa
- Sesuai diternak untuk dapatkan susu dan daging
- Punyai tahap kesuburan tinggi (satu kelahiran boleh lahirkan hingga 3 ekor)

#3 - Boer (Jenis Pedaging)

- Antara kambing pedaging terbaik di dunia
- Daging kambing baka ini sangat enak dan mempunyai permintaan yang tinggi
- Berat kambing boleh capai hingga 45 kg walaupun pada usia 5-6 bulan

#4 - Anglo Nubian (Jenis Pedaging & Penusu)

- Jenis kambing yang paling sesuai untuk hasilkan susu dan daging
- Mampu hasilkan susu sehingga 2 liter sehari
- Punyai tahap kesuburan yang tinggi dan tahan lasak

#5 - Saneen (Jenis Penusu)

- Boleh menghasilkan kuantiti susu yang banyak
- Mampu hasilkan 3-4 liter setiap hari katika tempoh penyusuan
- Kebanyakannya melahirkan anak kembar dua.


Pemilihan baka yang sesuai bergantung kepada tujuan projek ternakan anda, jenis keturunan & baka kambing serta penilaian berdasarkan kepada kaedah rekod dan fizikal kambing berkenaan.

Jika anda menternak hanya kerana suka-suka, lebih eloklah anda mendapatkan baka kambing tempatan sahaja. Tapi jika anda memang nak jadikan projek penternakan kambing ini satu kerjaya maka anda PERLULAH bijak memilih baka mengikut modal anda.


 5 Sebab Mengapa Anda Perlu Ternak Kambing!


Ada orang cakap dalam bidang penternakan ini - ternak ayam lagi untung sebab dapat daging ayam dan telur ayam sekali.. 2 dalam 1..

Ada orang cakap - ternak lembu lagi untung kerana sentiasa ada permintaan dalam dan luar negara terutamanya menjelang hari raya AidilAdha..

Tapi tak ramai yang tahu projek ternakan kambing juga sangat menguntungkan DAN mampu memberikan pendapatan sampingan bulanan yang lumayan jika anda benar-benar serius melakukannya..

Malahan, daging kambing mendapat permintaan yang sangat tinggi di dalam negara sehinggakan terpaksa mengimport 12,000 ekor kambing dari luar negara untuk memenuhi permintaan yang terus meningkat ini..

Amatlah rugi jika anda masih tidak mahu memulakan projek ternakan kambing yang telah anda impikan selama ini kerana ternakan ini terbukti menguntungkan!

Berikut antara 5 sebab lain mengapa projek penternakan kambing sangat menguntungkan anda..

#1 - Ternakan Yang Jinak, Manja & Mudah Dijaga

Kambing antara ternakan yang jinak dan paling mudah dijaga serta kurang diserang penyakit berbanding dengan ternakan ayam atau burung.


#2 - Boleh Dimulakan Dengan Modal Yang Kecil

Anda boleh mula menternak dengan 2 ekor kambing terlebih dahulu sebelum dikembangkan lagi. Kebanyakan penternak berjaya mulakan penternakan dengan jumlah kambing bawah 10 ekor.


#3 - Tidak Perlukan Kawasan Ternakan Yang Luas

Berbeza seperti lembu yang perlukan kawasan yang luas, ternakan kambing hanya memerlukan kandang yang bersesuaian sahaja.

#4 - Kos Makanan Murah

Kambing hanya makan rumput-rumput dan pelbagai daun-daun sahaja. Kos makanannya lebih rendah daripada ternakan ikan atau ayam.

#5 - Kadar Pembiakan Berganda

Seekor ibu kambing boleh lahirkan 1.5 anak setiap tahun dan mempunyai kadar kelahiran kembar yang tinggi sebanyak 50%!

Inilah sebabnya anda dapat melihat ramai penternak kambing sentiasa tidak lekang mengukir senyuman di bibir mereka kerana projek ternakan kambing ini sangat menguntungkan - malah boleh dimulakan secara kecil-kecilan mengikut modal anda!

Anda sudah bersedia untuk memulakan projek penternakan kambing yang lumayan ini? Baca dulu maklumat di bawah


5 Perkara PENTING Yang Anda Perlukan Sebelum Memulakan Projek Ternakan Kambing


Masa depan serta potensi keuntungan projek ternakan anda bergantung sepenuhnya kepada persediaan ini!

Memiliki sebuah ladang ternakan kambing yang luas, dipenuhi dengan baka-baka kambing yang 3G (gemuk, gebu, gempal) SERTA mampu menjana keuntungan lumayan hasil daripada ternakan kambing merupakan impian setiap penternak..

Itu belum lagi ditambah dengan permintaan dari dalam dan luar negara untuk mendapatkan daging-daging serta susu kambing.. Fuh, sungguh bahagia jika ia jadi kenyataan!

Ia bukanlah sesuatu yang tak masuk akal kerana pada tahun 2020 lepas sebanyak 12,000 ekor kambing diimport ke negara kita terutamanya menjelang musim perayaan. Ini menunjukkan ada permintaan yang tinggi terhadap daging kambing.. Ianya tidak mustahil untuk dicapai!


Tapi langkah pertama untuk mencapai impian tersebut adalah dengan mempersiapkan diri anda dengan 5 perkara yang paling penting ini..

#1 - Persiapan Perancangan & Mindset

Memiliki perancangan yang jelas adalah kunci kepada kejayaan sesebuah projek ternakan walaupun anda mahu memulakannya secara kecil-kecilan. Mindset yang betul sangat penting bagi memastikan anda tidak membuat kesilapan yang merugikan anda pada masa depan. 


#2 - Persiapan Fizikal & Mental

Menternak kambing merupakan satu kerja yang memerlukan tenaga yang banyak jika anda tidak mampu mengupah orang lain.. Nak cari tanah, tanam rumput, bina kandang, jaga kambing dan sebagainya.. Mental dan fizikal anda perlu kekal sihat untuk memastikan ia berjaya.

#3 - Persiapan Ilmu

Dalam apa jua bisnes, ilmu sangatlah penting kerana tanpa ilmu, segala kerja anda pasti tidak menjadi dan hanya sia-sia sahaja. Jadi sebelum mulakan projek ternakan kambing, pastikan anda belajar ilmu ternakan yang betul serta menghadiri latihan berkaitan dengan penternakan kambing.

#4 - Persiapan Modal

Dalam penternakan kambing ini, persiapan modal adalah sangat penting kerana anda perlu ada tanah yang sesuai, membina kandang yang selesa untuk kambing, kos dapatkan baka kambing, kos utiliti dan sebagainya. Anda boleh guna duit sendiri, meminjam daripada ahli keluarga dan rakan-rakan ataupun meminjam dari bank (untuk projek skala besar).


#5 - Persiapan Networking

Satu perkara yang sering kita terlupa ialah kita sangat perlukan networking yang luas untuk memastikan projek ternakan kambing kita dapat dimulakan dengan lancar. Mempunyai jaringan networking dengan para penternak lain terutamanya yang sudah berjaya, para pembekal makanan kambing dan sebagainya sangat penting untuk memudahkan projek ternakan anda.

5 perkara ini sangatlah penting jika anda mahu berjaya dalam projek ternakan kambing anda walaupun anda memulakannya secara kecil-kecilan..

Ada MODAL tapi tiada ILMU, projek anda hanyalah sia-sia dan merugikan anda..

Ada ILMU tanpa TINDAKAN pula hanyalah membuatkan impian anda sekadar angan-angan kosong yang takkan jadi kenyataan!

Jadi adakah anda benar-benar bersedia untuk memulakan projek ternakan kambing yang benar-benar menguntungkan ini?

Pelajari cara sebenar penternakan kambing yang menguntungkan ini di:



Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url