Kempen Stay Safe & Win SSPN-i 2021

Kempen Stay Safe & Win


Kempen Stay Safe & Win SSPN-i 2021 diadakan bertujuan menggalakkan serta meningkatkan kesedaran umum terhadap kelebihan simpanan untuk masa depan, sekali gus memperkukuhkan lagi jenama Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN);


Kempen ini sejajar dengan misi organisasi untuk memupuk budaya menyimpan dalam kalangan masyarakat, di samping membolehkan pelanggan menikmati ganjaran yang menarik;


[Download] Terma dan Syarat Kempen Stay Safe & Win SSPN-i 2021


Kempen ini juga menawarkan pelbagai hadiah lumayan kepada semua yang layak serta memenuhi terma dan syarat;


Kempen ini terbahagi kepada 3 kategori :-
a) Kategori Platinum
b) Kategori Gold
c) Kategori Silver


Tempoh Kempen Stay Safe & Win 


  • Tempoh kempen bermula 1 Jun 2021 sehingga 30 September 2021;
  • PTPTN mempunyai hak mutlak menukar atau meminda tempoh kempen ini sekiranya perlu tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu.

Syarat Penyertaan Kempen Stay Safe & Win


  1. Terbuka kepada pendeposit SSPN-i;
  2. Kempen ini TIDAK LAYAK disertai oleh kakitangan PTPTN dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak);
  3. Pendeposit perlu membuka akaun atau membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen;
  4. Setiap simpanan bersih RM50.00 yang dibuat akan melayakkan satu (1) cabutan;
  5. Pendeposit tidak boleh membuat pengeluaran sepanjang tempoh pengekalan selama TIGA (3) BULAN iaitu bermula Oktober sehingga Disember 2021 daripada mana-mana akaun yang didepositkan dalam tempoh kempen;
  6. Pendeposit perlu memastikan akaun kekal aktif (akaun tidak ditutup) sehingga tarikh cabutan.

Hadiah Menarik Kempen Stay Safe & Win



Kempen Stay Safe & Win


Kempen Stay Safe & Win

Kalau ada yang nak join kempen ni boleh lihat di sini [SSPNi]

Sumber: PTPTN
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url