Skim Bantuan Persekolahan 2021 Zakat Perak

Skim Bantuan Persekolahan 2021 Zakat Perak

Skim Bantuan Persekolahan 2021 bagi warga Perak telah dibuka mulai 15 Disember 2020 sehingga 31 Januari 2021. Skim Bantuan Persekolahan ini dapat membantu keluarga asnaf bagi menampung keperluan persekolahan anak-anak sesi 2021.

Skim Bantuan Persekolahan 2021 negeri Perak ini melibatkan kategori

  • Kemasukan ke darjah 1 sesi persekolahan tahun 2021
  • Kemasukan ke tingkatan 1 sesi persekolahan tahun 2021
  • Pelajar yang terlibat dengan pertukaran sekolah

Pelajar yang telah menerima bantuan pada tahun 2020 tidak perlu membuat permohonan baru kecuali melibatkan 3 kategori di atas

Permohonan Skim Bantuan Persekolahan 2021 boleh dibuat dengan mengisi borang yang boleh diperolehi di mana-mana pejabat pentadbiran MAIPk seluruh Negeri Perak dan borang yang lengkap hendaklah dihantar semula ke pejabat tersebut.

Maklumat lanjut berkenaan zakat layari: https//:www.maiamp.gov.my

Previous Post Next Post