Rayuan Haji Secara Online Melalui THiJARI

Rayuan Haji Secara Online Melalui THiJARI

Rayuan haji secara online melalui THiJARI boleh dibuat bermula 22 Disember 2020 (7 Jamadil Awal 1442H) tanpa menulis surat rayuan atau hadir ke cawangan Tabung Haji.


Tarikh akhir rayuan tunai haji adalah pada 1 Rejab setiap tahun. Pendeposit hendaklah membuat rayuan secara di atas talian melalui Aplikasi THiJARI. Pendeposit TH boleh membuat pendaftaran THijari melalui website. (www.thijari.com.my)


Kelayakan Membuat Rayuan Haji


  • Semua pendeposit TH;
  • Telah mendaftar haji; dan
  • Telah mendaftar Aplikasi THiJARI (Hanya pendeposit akaun dewasa (18 tahun ke atas) sahaja boleh mendaftar THiJARI). 


Kategori Rayuan Haji


  • Suami menjadi mahram kepada isteri Terpilih
  • Lelaki menjadi mahram kepada wanita Terpilih (44 tahun dan ke bawah)
  • Isteri mengikut suami Terpilih    
  • Lelaki menjadi mahram kepada wanita Terpilih (45 tahun dan ke atas)
  • Isteri mengikut suami dan madu Terpilih
  • Bakal Haji Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Bakal Haji Muallaf
  • Bakal Haji Lanjut usia (75 tahun dan ke atas)
  • Bakal Haji Daftar Lama.
  • Lain-lain Rayuan


Dengan menggunakan aplikasi semakan haji online THiJARI, Pendeposit boleh menyemak semula status rayuan mereka dengan menggunakan Aplikasi THiJARI.


Untuk maklumat lanjut lawati laman web rasmi Tabung Haji https://www.tabunghaji.gov.my/

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url