Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia

hari kebahagiaan sedunia
Image from Google

Pada tahun 2011, United Nation General Assembly telah meluluskan resolusi 65/309 Happiness: Towards a Holistic Definition of Development. Susulan itu, World Happiness Report yang pertama telah diterbitkan pada tahun 2012 sebagai input kepada UN High Level Meeting: Wellbeing and Happiness: Defining a New Economic Paradigm.   

Seterusnya, United Nations telah memperkenalkan International Day of Happiness atau Hari Kebahagian Sedunia pada tahun 2012 dengan idea yang dicetuskan oleh Jayme Illien. Pada tahun yang sama, International Day of Happiness telah dipersetujui secara sepakat oleh kesemua 193 ahli United Nation General Assembly. Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia diraikan setiap tahun di seluruh dunia pada 20 Mac. 

Sambutan ini bertujuan mengiktiraf hubung kait di antara keseimbangan pembangunan fizikal, sosial dan alam sekitar ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan penduduk sejagat. Ini adalah selaras dengan matlamat PBB untuk mewujudkan keamanan dan kesejahteraan melalui aspirasi universal dalam kehidupan manusia di seluruh dunia. Aspek kebahagiaan ini juga selaras dengan Doktrin Perancangan Sejagat yang diperkenalkan PLANMalaysia yang menjadi asas dan falsafah dalam pembangunan dan perancangan negara. 
.
Selaras dengan sambutan tersebut, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui PLANMalaysia turut menyambutnya setiap tahun bermula tahun 2015. Pada tahun ini merupakan tahun keenam PLANMalaysia menganjurkannya dan buat julung kalinya, pengiktirafan dan anugerah kepada 10 PBT Paling Bahagia di Malaysia turut diberikan. Pra Pelancaran Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia telah diadakan pada 13 Februari 2020 di World Urban Forum ke-10 di Abu Dhabi, UAE.

Walau bagaimanapun, sambutan dan penyampaian anugerah secara fizikal tidak dapat dilaksanakan berikutan wabak pandemik Corona Virus (COVID 19).

INDEKS KEBAHAGIAAN merupakan pengukuran umum terhadap tahap kesejahteraan penduduk merangkumi tahap kesihatan dan kesejahteraan mental dan fizikal. Indeks kebahagiaan merupakan salah satu indikator dalam MURNInets yang dinilai melalui borang soal selidik kepada penduduk yang merangkumi 14 komponen utama, antaranya:

  • Tahap kehidupan dan kesihatan;
  • Kebahagiaan bersama keluarga dan saudara-mara;
  • Keseronokan bekerja;
  • Pengurusan kewangan;
  • Hubungan dengan jiran;
  • Aktiviti bersama komuniti;
  • Keselamatan kawasan kediaman;
  • Kemudahan awam dan infrastruktur asas yang disediakan;
  • Perkhidmatan PBT dan pemimpin tempatan; dan
  • Kualiti alam sekitar.

PLANMalaysia telah melaksanakan Kajian Indeks Kebahagiaan bermula tahun 2013 sehingga 2019 dengan jumlah keseluruhan responden melebihi 60,000 orang di seluruh Malaysia. Indeks ini membantu PBT mengenalpasti tahap kegembiraan dan kesejahteraan penduduk dalam kawasan bandar dan pentadbiran mereka. Hasil kajian membantu PBT menambahbaik sistem penyampaian dan perkhidmatan kepada penduduk.

Pada tahun 2019, PLANMalaysia telah mengenalpasti 10 Bandar Paling Bahagia di Malaysia melalui Indeks Kebahagiaan. Bandar manakah yang diiktiraf sebagai bandar paling bahagia di Malaysia??

Sumber: PLANMalaysia

Next Post Previous Post
1 Comments
  • MirandaN
    MirandaN سبتمبر 18, 2021

    Great blogg post

Add Comment
comment url