Kadar Zakat Fitrah 2020 Seluruh Negeri


Kadar Zakat Fitrah 2020 Seluruh Negeri. Sudah sedia maklum bahawa zakat fitrah merupakan kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap individu Muslim jika mempunyai kemampuan setiap kali tibanya bulan ramadan.

Asal kewajipan zakat fitrah sebagaimana yang dinukilkan dalam perbahasan fiqh adalah makanan ruji masyarakat setempat. Di Malaysia, ia dinilaikan dengan beras yang menyamai sukatan segantang beras.

Ringkasnya, perbezaan kadar zakat fitrah adalah disebabkan oleh jenis beras yang menjadi makanan ruji di sesebuah negeri berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh pihak MAIN dan AMZ serta maklumat dari pemborong.

Semua bayaran Zakat Fitrah boleh dilakukan bermula 1 Ramadan 2020 (maghrib) sehingga pagi raya sebelum solat raya yang boleh dilakukan secara atas talian (online zakat fitrah) atau melalui amil fitrah yang telah dilantik dan mematuhi

Baca Kaedah Bayaran Zakat Fitrah 2020 Seluruh Negeri

Kadar zakat fitrah pada tahun 1441H/2020M bagi seluruh negeri di Malaysia adalah sebagaimana berikut,

Kadar Zakat Fitrah 2020 Mengikut Negeri



  • Selangor  [ RM7, RM14, RM21 ]
  • Wilayah Persekutuan  [ RM5, RM7 ]
  • Johor  [ RM7, RM10 ]
  • Perlis [ RM7 ]
  • Penang  [ RM7, RM16 ]
  • Negeri Sembilan [ RM7 ]
  • Perak [ RM7, RM14, RM21 ]
  • Pahang [ RM7 ]
  • Kedah  [ RM5, RM7, RM14, RM21 ]
  • Melaka  [ RM7, RM 14 ]
  • Terengganu [ RM 7 ]
  • Kelantan   [ RM 7 ]
  • Sabah [ RM6, RM7.50 ]
  • Sarawak [ RM 7 ]



Soalan lazim kutipan zakat fitrah tahun 1441H/2020M


Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkongsi di laman Twitter berkenaan soalan lazim (FAQ) Jabatan Wakaf Dan Haji (JAWHAR) berkaitan pelaksanaan kutipan zakat fitrah bagi tahun 1441H/2020M.







Sumber gambar: Gambar: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url