Buat Bisnes Online Semasa PKP


Buat Bisnes Online Semasa PKP. Ramai yang mengeluh apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan oleh kerajaan terutamanya golongan B40 yang tiada punca pendapatan tetap. Banyak premis-premis perniagaan terpaksa ditutup bagi mengawal penularan wabak COVID-19 dengan lebih teruk.

Bagi rakyat yang mempunyai minat dan kepakaran dalam bidang bisnes online, inilah masa dan peluang yang boleh dilakukan bagi menukar strategi perniagaan daripada jual secara offline kepada online.

Berdasarkan statistik, sempena PKP pembelian rakyat secara online naik secara mendadak. Batasan pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan membuatkan rakyat memilih untuk membeli barangan keperluan secara online.

Pembelian secara online lebih menjimatkan dan tidak memerlukan kita keluar untuk mendapatkan barangan keperluan. Pelbagai platform membeli barangan secara online seperti Shopee, Lazada, Mydin, Tesco dan sebagainya. Syarikat-syarikat besar telah memulakan bisnes online mereka sejak dahulu, kenapa kita tidak mahu mencuba?

Berbalik kepada bisnes online, sempena PKP ini kita bolehlah mula berniaga secara online. Terdapat pelbagai platform yang memberi peluang kepada kita untuk memulakan bisnes online tanpa membayar apa-apa yuran contohnya melalui platform Lazada dan Shopee.

Mungkin ada di antara kita tidak tahu bagaimana untuk mula bisnes secara online. Antara yang boleh dilakukan untuk berbisnes secara online ialah;


  • menjual menggunakan media sosial seperti facebook, instagram, twitter
  • mewujudkan blog atau website untuk menjual barangan, perkhidmatan dan sebagainya
  • menjual melalui platform yang telah tersedia seperti mudah.my, lazada, shopee


Bagi saya, untuk mengiklankan barangan yang dijual saya lebih suka menggunakan platform yang telah tersedia seperti lazada dan shopee. Ini kerana platform pembelian online ini sangat popular di Malaysia dengan jumlah pelanggan mencecah jutaan orang setiap hari. Di samping itu juga, untuk mengendalikan bisnes kita melalui platform lazada dan shopee ini lebih mudah dan mesra pengguna.

Kepada sesiapa yang teringin untuk mengubah sistem bisnes mereka kepada bisnes online sempena PKP bolehlah mendapatkan panduan memulakan bisnes Shopee dan Lazada dengan klik banner di bawah.





Semoga panduan ini memberi infomasi yang berguna kepada semua untuk memulakan bisnes online semasa PKP atau selepas PKP.
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url