Tawaran Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan 2020

Image by KPM

Melalui portal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (BBP, KPM) menawarkan program penajaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) bagi pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian pendidikan di tahun pertama atau tahun kedua dalam bidang yang telah ditetapkan di Universiti Awam bagi tahun 2020.

Permohonan biasiswa bagi Program ISMP ini telah dibuka secara dalam talian (online) melalui sistem ePenawaran bermulai 6 Mac 2020 (Jumaat) sehingga 31 Mac 2020 (Selasa).

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan penajaan ini, bolehlah melayari laman web ePenawaran ini


Sumber: KPM
أحدث أقدم