Buku Ringkasan SKPMg2 Alat Pengurusan Sekolah


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) untuk menggantikan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2003 (SKPM2003) dan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010 (SKPM 2010). Perubahan ini adalah sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025 dan perkembangan bidang pendidikan semasa. 

Semua sekolah di bawah KPM akan melaksanakan Penilaian Kendiri Sekolah (PKS) menggunakan instrumen SKPMg2 mulai 1 Mac 2017. Penilaian akan dilakukan sepanjang tahun dan semakan hasil penilaian akan dibuat sebanyak tiga kali setahun iaiatu pada bulan Mac, Julai dan November.

Muat turun buku ringkasan SKPMg2 yang disusun oleh Md Said b Md Daimon dan SIPartners+ PPD Batu Pahat. Buku ini merupakan ringkasan pengurusan dan pelaksanaan SKPMg2 di sekolah. Kandungan grafik dalam buku ini memberi penerangan yang jelas kepada pembaca untuk menghayati SKPMg2. Semoga bermanfaat.

Download SINI

Contoh helaian dalam buku ringkasan SKPMg2



Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url