Drama Tuan Danial Mencuit Hati Penonton

shares


Terjebak juga dengan drama bersiri di TV3 iaitu Tuan Danial. Mula-mula terjebak dengan cerita ni semasa berada di kampung untuk bercuti pada hari raya aidil adha yang lalu. Mula-mula tengok drama ni nampak macam biasa sahaja. Lagipun saya bukannya pengemar drama-drama melayu.

Drama Tuan Danial boleh dikatakan baik dengan penerapan pelbagai elemen iaitu kekeluargaan, gelak ketawa dan sebagainya. Kalau korang tak sempat menonton drama ni di kaca TV, boleh sahaja menonton cerita ni di youtube channel tv3. Sekarang dah ada episod ke 10 di youtube. Selamat menonton.

Drama Tuan Danial ini juga tengah trending di youtube. Drama ini dikatakan mencuit hati penonton dengan lawak bersahaja Is dan Tuan Danial. Ramai juga penonton dari Indonesia suka menonton drama ini. Jom kita baca sinopsis drama Tuan Danial..


Sinopsis Drama Tuan Danial


Cinta antara Tengku Ismahanim atau Is dengan lelaki yang tidak dikenalinya iaitu Danial telah diatur oleh keluarga. Tengku Ismahanim (Is), anak Tengku Khalil sentiasa menyamar sebagai orang gaji untuk menyiasat sikap bakal-bakal suami yang dicadang oleh bapanya, namun semuanya gagal. Sehinggalah Is menyamar menjadi orang gaji di rumah Tuan Danial.

Pelbagai insiden yang berlaku saat Is menyamar menjadi pembantu rumah Tuan Danial kerana Is sentiasa mengingkari arahannya sehinggalah saat Tuan Danial mula lembut hati terhadap Is dengan sikapnya yang kelam kabut tetapi masih comel.

Tengku Hatta, adik Is turut terlibat sama dalam plan untuk membuat Tuan Danial cemburu akan hubungannya dengan Is.Nell, bekas tunang Tuan Danial kembali dari luar negara kerana rindukannya dan cuba untuk menyambung semula ikatan tunang mereka membuatkan Is rasa tidak sedap hati.

Apakah kesudahan drama ini? Jom kita saksikan di channel youtube TV3 bagi yang terlepas menonton melalui TV




Episod penuh di Tonton

Related Posts

0 Comments:

Post a Comment