Ibubapa Jangan Tanya Kenapa Ilmu Tak Berkat

shares

Gambar: Remaja.my

Fitnah & adab kepada guru. Satu kisah berlaku di zaman Syeikh Abdul Qadir al-Jailani.. Ada seorang yang busuk hatinya ingin menfitnah Syekh Abdul Qadir... lalu ia mencari jalan untuk menfitnahnya... Maka ia menebuk lubang di dinding rumah Syeikh Abdul Qadir dan mengintipnya...

Kebetulan ketika ia mengintip Syeikh Abdul Qadir... ia melihat Syeikh Abdul Qadir sedang makan dengan muridnya... Syeikh Abdul Qadir suka makan ayam...dan setiap kali ia makan ayam dan makanan yang lain...ia akan makan separuh sahaja... lebihan makanan tersebut akan diberi kepada muridnya...

Maka orang tadi pergi kepada bapa murid Syeikh Abdul Qadir tadi...

Pakcik ada anak namanya ini?

Jawab si bapa: ya ada...

Anak pak cik belajar dengan Syeikh Abdul Qadir?

Jawab si bapa: ya...

Pakcik tahu, anak pakcik  dilakukan oleh Syeikh Abdul Qadir Jailani seperti seorang hamba dan kucing sahaja... Syekh Abdul Qadir beri lebihan makanan pada anak pak cik... Maka si bapa tidak puas hati lalu ke rumah Syekh Abdul Qadir...

Wahai Tuan Syeikh, saya menghantar anak saya kepada Tuan Syeikh bukan untuk jadi pembantu atau dilakukan seperti kucing... Saya hantar kepada Tuan Syeikh supaya anak saya jadi alim ulama'...Syeikh Abdul Qadir hanya jawab ringkas sahaja...

Kalau begitu ambillah anakmu...

Maka si bapa tadi mengambil anaknya untuk pulang... Ketika keluar dari rumah Syeikh menuju jalan pulang... bapa tadi tanya pada anak nya beberapa soalan berkenaan ilmu hukum hakam...ternyata kesemua soalannya di jawab dengan betul...

Maka bapa tadi bertukar fikiran untuk kembalikan anaknya kepada tuan Syeikh Abdul Qadir...Wahai Tuan Syeikh terimalah anak saya untuk belajar dengan tuan semula...tuan didik lah anak saya... ternyata anak saya bukan seorang pembantu dan juga diperlakukan seperti kucing...ku melihat ilmu anak ku sangat luar biasa bila bersamamu...

Maka jawab Tuan Syeikh Abdul Qadir...bukan aku tidak mahu menerimanya kembali...tapi ALLAH sudah menutup pintu hatinya untuk menerima ILMU...ALLAH sudah menutup futuhnya untuk mendapat ilmu...disebabkan seorang AYAH yang tidak beradab kepada GURU...maka anak yang menjadi mangsa...

Begitulah ADAB dalam menuntut ilmu...Anak, mak, ayah dan siapa pun perlu menjaga adab kepada guru...Betapa pentingnya adab dalam kehidupan seharian kita...

Kisah di atas menceritakan seorang ayah yang tiada adab pada guru...Bagaimana kalau diri sendiri yang tiada adab, memaki dan mengaibkan gurunya...

Kata ulama: Satu perasangka buruk sahaja kepada guru mu... maka Allah haramkan seluruh keberkatan yang ada pada gurumu kepadamu...

Semoga Allah jadikan kita  orang yang beradab kepada makhluknya terlebih lagi kepada guru yang mengajarkan ilmu kepada kita...
Aamiin...

Sumber: Facebook

Related Posts

1 Comments

  1. Harap ibubapa boleh mengambil iktibar dr cerita ini..memang kdg2 ada yang kurang dgn cikgu..terlalu manjakan anak2

    ReplyDelete