Tawaran Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) Tahun 2019


TAWARAN PERMOHONAN PENAJAAN/CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN IJAZAH SARJANA DAN KEDOKTORAN TAHUN 2019

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang sedang berkhidmat dan berkelayakan untuk memohon program Penajaan/Cuti Belajar Bergaji Penuh bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana atau Kedoktoran secara sepenuh masa/separuh masa di universiti awam dalam negara dan luar negara.

Tawaran permohonan ini dibuka mulai 23.01.2019 hingga 06.02.2019 mulai jam 5.00 petang secara dalam talian sepenuhnya melalui sistem e-Penawaran di https://epenawaran.moe.gov.my. Calon DIWAJIBKAN untuk membaca dan memahami syarat-syarat serta tatacara permohonan yang disertakan di dalam sistem e-Penawaran sebelum mengisi dan mengemukakan permohonan.

Calon yang sedang berkhidmat di sekolah dinasihatkan untuk mengemaskini terlebih dahulu maklumat di dalam sistem e-Operasi (https://eoperasi.moe.gov.my) untuk memudah dan melancarkan proses permohonan. Manakala calon yang bertugas selain di sekolah boleh terus mengisi dan melengkapkan maklumat yang diminta di dalam borang permohonan sistem e-Penawaran.
https://epenawaran.moe.gov.my

Sumber: KPM
Previous Post Next Post