[Tutorial] Cara Print Banyak Sijil Dengan Mudah


Sijil adalah sebuah dokumen yang mengesahkan bahawa seseorang telah menerima pendidikan, penghargaan, penyertaan dan sebagainya. Sijil sangat penting bagi membuktikan bahawa kita telah menyertai atau menamatkan sesuatu program, kursus, latihan, seminar, peperiksaan dan sebagainya.

Setiap organisasi sama ada organisasi kerajaan atau swasta tidak lari dari mengeluarkan sijil kepada pekerja, pelajar mahupun peserta jika mereka terlibat dengan sesuatu aktiviti atau program. Menghasilkan sijil dalam kuantiti yang banyak sangat memeningkan kepala kerana kita perlu menaip nama-nama peserta satu persatu.

Dengan membaca tutorial ini, kita tidak lagi pening untuk print sijil dalam kuantiti yang banyak dan cepat. Saya kongsikan cara mudah untuk menghasilkan sijil dalam kuantiti yang banyak. Sesuai untuk kegunaan cikgu-cikgu. Semoga bermanfaat.

Cara print banyak sijil atau print banyak nama pada sijil dengan mudah dan cepat


1. Taip list nama penerima sijil di Excel dan simpan file


2. Pada bahagian sijil, pilih bahagian nama. Jika sijil korang berbentuk image (gambar), sila copy dan paste gambar sijil korang di microsoft word dan ubah Wrap Text jadi In Front of Text pastu masukkan box di atas sijil untuk taip nama


3. Tekan Mailing di bahagian atas, pastu tekan Select Recipient dan tekan Use Existing list



4. Selepas muncul document (data source), cari file mula-mula kita save tadi dalam format excel dan tekan Open


5. Lepas keluar popup window (Select Table), klik Sheet dan akhir skali klik Ok


6. Jika link berjaya akan muncul <>. Jika tak muncul, klik bahagian Insert Merge Field dan pilih F1 dan klik Insert


7. Akhir sekali klik Finish And Merge dan print.


8. Jika nak edit nama, boleh klik Edit Individual Documents, pilih All dan klik Ok


9. Selesai. Selamat mencuba


Jangan lupa SHARE untuk manfaat semua,

Tutorial oleh Huzaini Ismail
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url