2 Aspek Penting Menjadi Home Tutor Sambil Buat Duit

shares


Sejak kebelakangan ini, permintaan terhadapat Home Tuition semakin meningkat tambahan lagi dasar Kementerian Pendidikan Malaysia yang menekankan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Keperluan dalam menguasai kemahiran KBAT ini menyebabkan ramai ibubapa yang berkemampuan menjadikan Home Tuition sebagai satu altenatif untuk memberi ilmu kepada anak mereka.

Home Tuition menjadi pilihan ibubapa kerana,
  1. Efektif : Ini kerana hanya serang pelajar diajar pada waktu tuisyen. Cikgu/ Tutor akan memberikan perhatian sepenuhnya bagi membantu pelajar memahani sesuatu subjek.
  2. Mudah dan senang : Tutor/ Cikgu akan datang ke rumah pelajar untuk mengajar. Ibu bala tidak perlu menghantar anak ke pusat tusiyen.
  3. Keselamatan terjamin : Ini kerana, tuisyen dilakukan di rumah pelajar. Jadi pelajar tidak perlu keluar rumah. Risiko untuk berlaku perkara yang diingini dapat dielakkan.
  4. Menjimatkan masa : Ibu bapa tidak perlu mghantar anak2 ke pusat tuisyen lagi.
  5. Focus : Tutor/ Cikgu boleh fokus kepada seorang pelajar sahaja dan memastikan pelajar faham dengan ape yang dipelajari

Dengan wujudnya Home Tuition sebagai satu pilihan untuk ibubapa yang sibuk, maka ia memberi peluang pekerjaan kepada pelajar lepasan universiti dan guru-guru untuk menjana kewangan. Menjadi seorang Home Tutor perlukan beberapa aspek yang boleh membantu meraih kepercayaan di kalangan ibubapa.



Antara aspek penting sebagai seorang home tutor ialah

Mempunyai Passion/Minat untuk mengajar

Penting bagi seorang tutor mempunyai minat untuk mengajar terutamanya mengajar anak orang yang lemah dalam sesuatu sub-topik, topik dan matapelajaran sehingga mereka boleh menguasai sesuatu ilmu dengan mudah.

Hakikatnya, sebagai home tutor sebenarnya  bukan tanggungjawab yang ringan. Malah sangat berat. Sebagai seorang Home Tutor kita perlu memikul amanah dan tanggungjawab selepas cikgu di sekolah. Dengan adanya minat yang mendalam untuk mengajar, nescaya kita boleh menjadi seorang tutor yang sangat hebat.

Jadi, sebelum anda ingin menjadi seorang HomeTutor tanya semula kepada diri anda, adakah mengajar ini passion anda, atau berharap untuk mendapatkan pendapatan serta-merta. Kalau sekadar untuk mendapatkan pendapatan dengan kadar segera, baik anda cari bidang yang lain seperti buat business online, kerana Home Tutor bukan bidang yang sesuai untuk anda.

Ilmu yang secukupnya

Seseorang yang ingin berjinak-jinak dalam Home Tuition seharusnya mempunyai ilmu yang cukup untuk mengajar pelajar. Tidak kira ilmu tersebut adalah ilmu asas ataupun pedagogi. Home tutor seharusnya perlu kuasai ilmu sebelum mereka mengajar pelajar. Sebagai contoh, jika home tutor mempunyai ilmu dalam bidang matematik seharusnya dia mengajar matematik bukannya mengajar pendidikan islam. Ini supaya dapat mengelakkan dari mengajar ilmu yang salah kepada pelajar.

Jika seorang tutor mempunyai tahap ilmu yang tinggi terutamanya dalam pelbagai bidang ilmu, ibu bapa lebih berkeyakinan untuk memilih kita untuk mengajar anak mereka. Pembinaan hubungan yang baik antara pelajar dan ibubapa juga memainkan peranan yang penting dalam memberi keyakinan kepada ibubapa untuk memilih kita sebagai tutor untuk anak mereka.

Fokuskan kepada untuk berikan yang terbaik kepada sesiapa jua, dan jauhkan sama sekali matlamat untuk mendapatkan wang ringgit semata-mata. Apabila kita sudah mula berikan yang terbaik, orang pun berpuas hati dengan servis perkhidmatan kita, kita sudah tidak perlu mencari duit lagi, duit yang akan mencari kita.

Kepada graduan, penganggur, guru-guru yang berminat untuk menceburi bidang home tution bolehlah mendapatkan ebook Bisnes Home Tuition sebagai panduan untuk memulakan bisnes home tuition.


Related Posts

10 Comments:

  1. yup recently terpkir jg nk buat duit tambahan dgn mengajar tp err.. x sure ckup ssabar x LOL haha sbb x pnh lg mengajar ni. btw thanks for the sharing!

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. k mid pernah juga jadi home tutor masa anak-anak kecik...bawa anak2 join sekali sambil mengajar anak orang lain.. dapat gak duit sampingan

    ReplyDelete
  4. Dulu pernah bergiat sebagai home tutor and yes, bersetuju dengan semua yang disenaraikan di atas. Komitmen dan keinginan perlu seiring. Jangan dek kerana mengejar $$$, kita dok buat semua tanpa memikirkan kualiti pengajaran dan juga masa depan anak didik tersebut.

    ReplyDelete
  5. Tak mampu nak jadi home tutor sebab soalan exam sekarang banyak yang KBAT, otak dah lah tak kreatif sangat nak fikir di luar kotak

    ReplyDelete
  6. Yang penting kesabaran kena tinggi, kalau anak murid semua nakal2 belaka. hehe.

    ReplyDelete
  7. Memang berharap sangat ada home tutor ni. Sekarang ni tak banyak..sis nak cari untuk anak kat area rumah sis ni pun tak ada. Kalau ada pun mahal sebab katanya jauh nak datang ke rumah

    ReplyDelete
  8. Bukan mudah nak jadi home tutot ni. Banyak ilmu sebagai home tutor ni kita kena ambil tahu. Dulu ada jugak jadi home tutor tapi untuk adik adik sepupu jela. Masa tuh pun bayaran tak mahal mana. Sekrang homentutor mahal kan bayaran.

    ReplyDelete
  9. Eh i pun ada terfikir nak buat home tutor tau. Tapi tu lam risau jugak because i bukan cikgu. Boleh je nak study balik few subjects yg i suka macam math, add math , etc. But tetap risau kot2 tak okay nanti.

    ReplyDelete
  10. Actually home tutor is great way to make a living too coz nowadays many parents send their children for tuition.

    ReplyDelete