Tinjauan Kemurungan, Kebimbangan dan Stress di Kalangan Guru Malaysia


Sumber: Public Health Malaysia

MASALAH mental dalam kalangan masyarakat sememangnya cukup membimbangkan mutakhir ini.

Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan tekanan perasaan berpotensi menggantikan penyakit kardiovaskular sehingga menyebabkan ketidakmampuan seseorang untuk bekerja.

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 pula mendedahkan 29.2 peratus atau lebih kurang 4.2 juta rakyat Malaysia yang berusia 16 tahun ke atas menghidap pelbagai masalah mental.

Jumlah tersebut amat membimbangkan kerana berlakunya peningkatan sebanyak 11.2 peratus berbanding tahun 2006.

Berdasarkan kes-kes yang dilaporkan, kita harus menerima hakikat bahawa masyarakat kini berdepan dengan pelbagai jenis tekanan sehingga menyebabkan mereka gagal mengawal tingkah laku dan bertindak di luar batasan.

Guru merupakan antara kerjaya yang paling stress di Malaysia. Kajian yang di lakukan 8 tahun lalu oleh pengkaji menunjukan 71% guru di Kuala Lumpur dan Selangor mengalami stress.

@public Health malaysia ingin menggunakan platform media sosial ini untuk melakukan tinjauan yang lebih besar untuk mendapatkan maklumat yang jelas mengenai situasi kemurungan, kebimbangan dan stress di kalangan guru di Malaysia.

Tinjauan ini juga di harapkan dapat membantu guru guru untuk mendapatkan bantuan dan rawatan menerusi mengesanan awal masalah ini.

Hasil tinjauan ini akan di kongsikan secara umum dan akan di salurkan kepada pihak kementerian yang berkaitan.

Ujian saringan boleh di lakukan di pautan berikut

tinyurl.com/dassguru

#mentalhealth
#PublicHealthMalaysia
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url