Ciri-Ciri Rumah Mesra Rakyat (RMR)
Harga RM65,000
Keluasan 1,000 kps
Bilik 3 bilik 2 bilik air
Subsidi Kerajaan RM20,000
2% kadar faedah pinjaman
Syarat-Syarat Permohonan
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 18 hingga 65 tahun*.
- Pendapatan kasar seisi rumah di antara RM750 sehingga RM3,000 sebulan.
- Pemohon/Pasangan tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang/tidak sempurna.
- Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
- Keluasan tanah tidak kurang daripada 2,800 kps.
- Tertakluk kepada peruntukan dan kelulusan pinjaman melalui SPNB.
Bagi pemohon dari Semenanjung yang berumur melebihi 43 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-43 tahun diperlukan dan penjamin (sekiranya perlu) kecuali bagi Kawasan Pulau
* Bagi pemohon dari Sabah, Sarawak dan Kawasan Pulau yang melebihi 41 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-41 tahun diperlukan dan penjamin (sekiranya perlu)
Cara Memohon RMR
- Dapatkan borang permohonan Rumah Mesra Rakyat SPNB dari pejabat wakil rakyat atau download dari laman web http://www.spnbmesra.com.my/ atau https://rmronline.spnbmesra.com.my/
- Isi dan lengkapkan borang permohonan
- Hantar borang yang lengkap diisi beserta dokumen diperlukan
- SPNB akan menilai sama ada layak atau tidak (akan dimaklumkan)
Sumber: SPNB