Permohonan Online Rumah Mesra Rakyat (RMR)

Program Rumah Mesra Rakyat di bawah SPNB  ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.


Ciri-Ciri Rumah Mesra Rakyat (RMR)


Harga                 RM65,000
Keluasan           1,000 kps
Bilik                 3 bilik 2 bilik air
Subsidi Kerajaan RM20,000
                                2% kadar faedah pinjaman

Baca juga Permohonan Rumah Mesra Rakyat Plus

Syarat-Syarat Permohonan
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 hingga 65 tahun*.
  3. Pendapatan kasar seisi rumah di antara RM750 sehingga RM3,000 sebulan.
  4. Pemohon/Pasangan tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang/tidak sempurna.
  5. Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
  6. Keluasan tanah tidak kurang daripada 2,800 kps.
  7. Tertakluk kepada peruntukan dan kelulusan pinjaman melalui SPNB.

Bagi pemohon dari Semenanjung yang berumur melebihi 43 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-43 tahun diperlukan dan penjamin (sekiranya perlu) kecuali bagi Kawasan Pulau

* Bagi pemohon dari Sabah, Sarawak dan Kawasan Pulau yang melebihi 41 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-41 tahun diperlukan dan penjamin (sekiranya perlu)


Cara Memohon RMR
  1. Dapatkan borang permohonan Rumah Mesra Rakyat SPNB dari pejabat wakil rakyat atau download dari laman web http://www.spnbmesra.com.my/ atau https://rmronline.spnbmesra.com.my/
  2. Isi dan lengkapkan borang permohonan
  3. Hantar borang yang lengkap diisi beserta dokumen diperlukan
  4. SPNB akan menilai sama ada layak atau tidak (akan dimaklumkan)


Sumber: SPNB
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url