Japan-IMF Scholarship Program for Asia (JISPA)


JPA menerusi websitenya mempelawa pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) yang berminat untuk memohon kemudahan Biasiswa Tajaan Badan Asing Tahun 2019 Japan-IMF Scholarship Program for Asia (JISPA) bagi pengajian peringkat Sarjana secara sepenuh masa.

Calon yang berminat untuk memohon biasiswa ini perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Selain itu, calon juga perlu memenuhi syarat-syarat cuti belajar yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA). Maklumat lanjut adalah seperti di bawah:

  1. e-Brochure 
  2. Syarat Permohonan Cuti Belajar Dan Tatacara Perakuan Biasiswa Tajaan Badan Asing
  3. Pautan permohonan

Sumber: JPA
أحدث أقدم