7 Kod Plastik Yang Ramai Tidak Tahu Selamat Atau Bahaya


Penggunaan peralatan yang diperbuat dari plastik semakin meningkat saban hari. Permintaan terhadap penggunaan barangan plastik semakin meningkat. Maka wujudlah pelbagai barangan dan peralatan dengan pelbagai jenama. Pengetahuan tentang kesan penggunaan barangan plastik adalah penting bagi mengelakkan masalah yang timbul terutama kepada kesihatan kita. Ramai pengguna tidak mengetahui tentang bahaya yang mendatang semasa menggunakan plastik tanpa ilmu.

Pada setiap botol plastik terdapat lambang guna semula (recycle) yang mana pada bahagian tengahnya diletakkan nombor. Nombor ini dikenali sebagai kod plastik. Dengan berdasarkan kod plastik ini anda dapat membezakan mana satu botol plastik yang berbahaya dan tidak.

Tanda di bawah botol itu merupakan kod yang dikeluarkan oleh The Society of Plastic Industry pada tahun 1998 di Amerika Syarikat dan diikuti oleh lembaga-lembaga pengembangan sistem kod, seperti ISO (International Organization for Standardization). Secara umumnya kod yang dikeluarkan harus berada atau terletak di bahagian bawah

Plastik biasanya diperbuat daripada 6 jenis resin yang mana setiap resin ini diwakili dengan nombor dibawah sistem kod identifikasi plastik, sistem kod yang dicipta oleh The society of Plastics Industry. Berikut merupakan kod plastik yang wujud:



1. PET atau PETE atau Polythylene Therephthalate *boleh guna sekali sahaja



Sifatnya ringan, murah, dan mudah membuatnya. Penggunaannya terutama pada botol minuman soft drink, tempat makanan yang tahan microwave dan lain-lain. Plastik jenis ini tidak disyorkan untuk digunakan semula. Dalam erti lain kata plastik jenis ini adalah jenis pakai dan buang. Kajian menunjukkan bahawa bahan kimia yang beracun antimoni boleh terurai jika botol terdedah kepada suhu yang tinggi ataupun bahan pencuci.


2. HDPE ( High Density Polyethylene ) * Boleh diulang guna



Juga dikenali sebagai HDPE, plastik yang diperbuat daripada petroleum. Plastik jenis ini besifat keras, tidak lutsinar dan tahan suhu tinggi. HDPE biasanya digunakan dalam pembuatan alat permainan kanak-kanak, bekas sabun pencuci, jar susu dan juga kerusi/meja lipat. HDPE termasuk salah satu bahan plastik yang selamat untuk digunakan sebagai bekas penyimpanan barang bukan jenis makanan.

3. PVC ( Polyvinyl Chloride ) *tidak boleh diulang guna


Polyvinyl Chloride yang juga dikenali sebagai PVC adalah polimer termoplastik. Plastik jenis ini selalunya dicampur dengan phthalates (sejenis plastisizer) untuk menjadikan plastik jenis ini lebih lembut dan boleh dilenturkan.

Contoh bahan yang menggunakan plastik jenis ini adalah seperti penutup kamar mandi, waterbeds (tilam air), alat permainan kanak-kanak di kamar mandi, struktur plastik yang boleh ditiub seperti pelampung dan juga pakaian.

PVC adalah salah satu daripada plastik bertoksik yang patut dielakkan. Antara toksik tersebut adalah seperti plumbum, DEHA, Dioxins, Ethylene dichloride, dan juga Vinyl chloride.

Antara kesan buruk terhadap kesihatan yang dikenalpasti disebabkan oleh toksik ini termasuklah kurang berat badan sewaktu lahir, masalah pembelajaran dan tingkahlaku dikalangan kanak-kanak, sistem imunisasi badan yang rendah, gangguan hormon, kanser, kecacatan waktu lahir dan juga perubahan genetik.

4. LDPE ( Low Density Polyethylene ) * Selamat dan boleh diguna semula


Low-density polyethylene dikenali secara ringkasnya sebagai LDPE. Seperti HDPE, LDPE juga adalah termoplastik yang diperbuat daripada petroleum. Plastik jenis ini mudah lentur dan kuat tetapi boleh dikoyakan.

Plastik jenis ini selalunya digunakan untuk lapisan dalam dan luar kotak minuman (menjadikan kotak tersebut kalis air), bakul plastik beli-belah, dan juga bahan pembungkus. plastik jenis ini selamat untuk digunakan semula untuk tujuan penyimpanan makanan atau minuman.

5. PP ( Polypropylene) * Selamat dan boleh diguna semula



Polypropylene atau PP adalah polimer termoplastik. Plastik jenis ini besifat tahan lasak, kuat, tahan kepada suhu tinggi dan juga boleh menghalang kelembapan daripada memasuki bahan yang dilindunginya.

PP selalunya digunakan untuk bekas yogurt, bekas marjerin, gelas plastik, botol susu bayi, barang dapur, bekas plastik microwave. Plastik ini selamat diguna semula.

6. PS ( Polystyrene ) * Sangat bahaya dan jangan guna


Polystyrene yang dikenali secara ringkasnya sebagai PS adalah plastik yang berasaskan petroleum. Ianya selalunya wujud dalam keadaan keras ataupun dalam bentuk styrofoam.

Polistyrene digunakan secara meluas dalam pembungkusan dan juga sebagai penebat haba. contoh kegunaan plastik jenis ini adalah peralatan kulteri pakai buang, bekas cd/dvd, kotak telur, gelas dan juga tempat penyimpanan makanan (bentuk styrofoam dan berwarna putih).

Styrene (asas molekul polystrene) diklasifikasikan sebagai bahan beracun oleh IARC. Pendedahan dalam jangka masa panjang kepada styrene (polystyrene) akan mengakibatkan kesan neurotoksik (cepat letih, rasa gugup yang keterlaluan, dan kesukaran untuk tidur), hematologi (menjejaskan kandungan darah), cytogenetic (kecacatan genetik), dan juga kesan karsinogenik.

7. Lain -lain * Bahaya dan elakkan guna



Plastik yang mempunyai kod nombor 7 adalah plastik yang mana bahan asasnya tidak berapa jelas. Kod nombor 7 bermaksud lain-lain yang mana ia mungkin mengandungi bahan beracun dan juga tidak. Selalunya ia dilabelkan dengan ringkasan PC, yang bermaksud Polycarbonate yang mana mengandungi BPA dan bahaya kepada kesihatan kita.

Selalunya plastik dengan kod nombor 7 ini digunakan untuk pendawaian elektrik, bekas cd atau dvd dan juga botol bayi.

Elakkan daripada memakai semula botol plastik yang mempunyai kod no 7 kerana kita tidak pasti sama ada plastik yang digunakan memudaratkan kesihatan atau tidak.


Rujukan
1. http://infosantai.com

أحدث أقدم