Tawaran Permohonan Program Ijazah Sarjana Kaunseling


Tawaran Permohonan Program Ijazah Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA] Tahun 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa pencalonan daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk memohon kemudahan penajaan Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan bagi mengikuti Program Ijazah Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA] di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) tahun 2018.  Program ini merupakan program latihan kepakaran yang dikendalikan oleh USIM dan UMS secara sepenuh masa selama 24 bulan (4 semester).

Sehubungan itu, PPP yang berminat dan berkelayakan serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan boleh memuat turun dan mengisi borang permohonan dengan lengkap. Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan kepada Bahagian ini selewat-lewatnya sebelum atau pada 10 Ogos 2018 (Jumaat).

Penawaran ini adalah bagi sesi kemasukan September 2018 dan jangkaan tarikh temuduga pada 16 dan 17 Ogos 2018.  Calon yang memenuhi syarat dan berkelayakan akan dihubungi melalui e-mel untuk hadir ke temuduga di lokasi yang akan ditetapkan kelak.

Download

  1. Surat Tawaran Permohonan Program Ijazah Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA] Tahun 2018
  2. Borang Permohonan Cuti Belajar Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM(BT) LD 1/2018
  3. Borang Perakuan Ketua Jabatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM(BT) LD 2/2018
  4. Borang Perakuan Kedudukan Kewangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM(BT) LD 3/2018
  5. Borang Maklumat Pinjaman Pendidikan/Tabung Pendidikan KPM(BT) LD 4/2018
  6. Borang Maklumat Politik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM(BT) LD5/2018


Sekian, terima kasih.

Urus Setia
Cawangan Latihan Dalam Perkhidmatan
Bahagian Tajaan Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Tel: 03-83217138 I Faks : 03-8321 7101
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url