Simpan RM500, Dapat Percuma RM500 - PTPTN


TERHAD KEPADA 500,000 PENCARUM TERAWAL!!!

Jika tahun 2017 kerajaan memberikan insentif percuma RM50 kepada pendeposit yang membuat simpanan sebanyak RM50 bagi yang mempunyai anak tahun 1, namun untuk tahun 2018 jumlah insentif tersebut ditambah lagi untuk kepentingan rakyat.

Pada pembentangan Bajet 2018 yang lalu, kerajaan telah mengumumkan bahawa sebanyak RM250 juta disediakan kepada 500,000 penerima manfaat berumur 7 hingga 12 tahun dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Bermula 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2018, mana-mana ibu bapa atau penjaga yang membuat simpanan bersih di dalam SSPN sebanyak RM500 untuk anak-anak mereka yang berumur tujuh (7) hingga dua belas (12) tahun atau sedang belajar di sekolah rendah layak menerima Insentif Khas Geran Sepadan ini iaitu deposit percuma bernilai RM500 (GS500). Insentif Khas Geran Sepadan ini hanya boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat mencecah usia lapan belas (18) tahun.

Insentif Khas Geran Sepadan RM500 ini merupakan insentif simpanan pendidikan yang amat baik kerana memberi motivasi kepada ibu bapa untuk memula dan meneruskan penabungan dan seterusnya menabung secara konsisten. Ia juga dapat membudayakan pelajar menyimpan lebihan perbelanjaan harian yang diterima oleh ibu bapa untuk membudayakan penabungan dari awal usia mereka.

Ibu bapa/ penjaga tidak perlu membuat permohonan untuk mendapatkan insentif ini. Mereka hanya perlu membuka akaun atau membuat penambahan simpanan SSPN iaitu SSPN-i atau SSPN-i Plus sekurang-kurangnya RM500 dalam tahun 2018 untuk melayakkan mereka menikmati insentif ini.

Jadi, apa tunggu lagi, jom kita buka akaun sekarang dengan mengunjungi kaunter PTPTN berdekatan anda. Info kaunter PTPTN boleh layari Cawangan PTPTN. Jika memerlukan maklumat tambahan boleh juga hubungi Careline kami di talian 03-2193 3000.

#LoveSSPN
#Percuma500

Sumber: https://www.ptptn.gov.my
Previous Post Next Post