Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke Morocco Sesi 2018/2019

Image by Freepik

PERMOHONAN ATAS TALIAN BAGI MELANJUTKAN PENGAJIAN KE TIMUR TENGAH (MOROCCO) BAGI SESI KEMASUKAN 2018/2019 

1. Kerajaan Morocco menawarkan 30 tempat dengan biasiswa pengajian kepada calon-calon warganegara Malaysia yang layak untuk mengikuti mana-mana kursus universiti di Morocco.
Peringkat pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut:

a) Ijazah Sarjana Muda/Degree
b) Ijazah Sarjana/Master
c) Ijazah Doktor Falsafah/PhD

2. Permohonan bagi Ijazah Sarjana Muda (Degree) boleh dibuat di atas talian melalui pautan https://www.dohe.mohe.gov.my/timurtengah.

* Bagi memudahkan kelancaran proses memuat naik gambar semasa mengisi borang, anda dikehendaki untuk menyediakan gambar berukuran passport
dalam format (*.jpg, *.png, *.jpeg) bersaiz tidak melebihi (1MB)

3. Permohonan bagi Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) boleh dibuat dengan memuat turun borang di pautan berikut Borang Permohonan Morocco 2018 .

4. *Tarikh tutup permohonan dan penghantaran dokumen sokongan adalah pada 13 Julai 2018 (Jumaat) sebelum atau pada 5.00 petang di alamat berikut:

Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kaunter 5, Aras G, Menara 2
Jalan P5/6 Presint 5
62200 Putrajaya

*Bagi calon-calon yang layak yang berada di luar negara (timur tengah) borang permohonan dan dokumen sokongan boleh dihantar di alamat berikut:

Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK)
No.26 Sabel elKhazindar
Abbasiah, Kaherah
Arab Republic of Egypt, EGYPT
No. Tel : 00 202-24873858
No. Faks : 00 202-24873859
Email : [email protected]

*Permohonan lewat tidak akan dilayan.

5. Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) (KPM PT) tidak mendaftar atau melantik mana-mana agen bagi urusan permohonan dan penempatan pelajar ke Morocco. Sehubungan itu, pelajar dinasihati supaya tidak memohon melalui agen.

6. KPM PT bertanggungjawab dalam urusan penghantaran dokumen dan tidak mempunyai kuasa dalam menentukan pemilihan calon-calon yang berjaya.

7. Kerajaan Morocco mempunyai kuasa penuh dalam menentukan keputusan bagi calon-calon yang berjaya dan keputusan tersebut adalah muktamad.

PERMOHONAN ATAS TALIAN BAGI MELANJUTKAN PENGAJIAN KE TIMUR TENGAH (JORDAN DAN MESIR) BAGI SESI KEMASUKAN 2018/2019 
 
1. Hebahan keputusan Permohonan bagi Program Pengajian ke Timur Tengah (Mesir dan Jordan) akan di maklumkan kelak

* Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi seperti berikut:

Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
(Pendidikan Tinggi)
Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 PUTRAJAYA
No. Tel : 03-8870 6627 / 6226
No. Faks : 03-8870 6853
Emel : [email protected] / [email protected]
Fb : Education Malaysia Division
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url