Kriteria Penderma Darah - Pusat Darah Malaysia (PDN)


ANDA LAYAK MENDERMA DARAH SEKIRANYA :

1. Sihat tubuh badan.
2. Kategori umur

  •  Berumur di antara 18-65 tahun untuk yang pernah menderma.
  •  Berumur di antara 18-60 tahun untuk pertama kali menderma.
  •  17 tahun (perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga).

3. Berat badan 45kg ke atas.
4. Tidur minimum 5 jam.
5. Tiada masalah kesihatan.
6. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah.
7. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut :

  • Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual).
  • Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
  • Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial.
  • Bertukar-tukar pasangan seks.
  • Mengambil dadah secara suntikan.
  • Menjadi pasangan hubungan jenis kepada golongan di atas.

8. Pendermaan terakhir 3 bulan lepas
9. Bagi penderma wanita; tidak mengandung, tidak datang haid, tidak menyusukan anak.
10. Jangan menderma jika anda :

  • Pernah tinggal di United Kindom (England, Northern, Ireland, Scotlaand, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan (terkumpul) atau lebih.
  • Pernah tinggal di Europe dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 5 tahun (terkumpul) atau lebih.
Sumber: Pusat Darah Malaysia
أحدث أقدم