Jawatan Kosong Pensyarah Universiti Malaysia Pahang (UMP) - 20 Julai 2018


Jumlah Kekosongan Jawatan - TETAP: 1

Penempatan Jawatan: PUSAT BAHASA MODEN & SAINS KEMANUSIAAN, PEKAN

PENSYARAH UNIVERSITI GRED DS45/DS51/52/DS53/54/VK7/VK6/VK5

JABATAN : FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN

  • PENSYARAH UNIVERSITI GRED DS45 ; Tangga Gaji RM3,070.00 (minimum) - RM11,095.00 (maksimum)
  • PENSYARAH UNIVERSITI GRED DS51 ; Tangga Gaji RM5,855.00 (minimum) - RM12,445.00 (maksimum) PROFESOR MADYA GRED DS53 ; Tangga Gaji RM6,162.00 (minimum) - RM13,235.00 (maksimum)
  • PROFESOR GRED KHAS C (VK7) ; Tangga Gaji RM7,676.00 (minimum) - RM20,592.00 (maksimum)


CALON HENDAKLAH MEMILIKI KELAYAKAN ASAS SEPERTI BERIKUT:

  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan


KELAYAKAN LANTIKAN BAGI JAWATAN PENSYARAH UNIVERSITI GRED DS45

  • ijazah sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DS45: RM3,070.00); atau
  • ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DS45: RM3,380.37); atau


KELAYAKAN LANTIKAN BAGI JAWATAN PENSYARAH UNIVERSITI GRED DS51

  •  mempunyai kelayakan seperti di perenggan (1.d.) ;
  • membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan
  • mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan (Gaji permulaan ialah pada Gred DS51: RM5,855.00)


 KELAYAKAN LANTIKAN BAGI JAWATAN PROFESOR MADYA GRED DS53

  • mempunyai kelayakan seperti di perenggan (1.d.) ;
  • membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya; dan
  • mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred DS53: RM6,162.00).


 KELAYAKAN LANTIKAN BAGI JAWATAN GRED KHAS C (PROFESOR)

  • mempunyai kelayakan seperti di perenggan (1.d.) ;
  • membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya; dan
  • mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred Khas C: RM7,676.00).


Keutamaan kepada calon:

Mempunyai kemahiran dalam bidang:
1) Education
2) Linguistics & Literature

Klasifikasi Bidang: Syarat Tambahan :

1. Linguistic and Literature

  • English Language Studies, TESL, TESOL
  • Translation
  • Language and Arts
  • English and Communication
  • English Literary Studies
  • English Language & Literature


2. Education

  • Curriculum Development
  • E-Learning
  • Educational Technology and Media Studies Educational Psychology



  1. Mencapai CGPA 3.00 dan ke atas pada peringkat Ijazah Sarjana Muda.
  2. Memiliki Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran dalam bidang yang
  3. berkaitan.
  4. Mempunyai kemahiran komunikasi interpersonal dan pembentangan serta minat yang
  5. mendalam terhadap pengajaran, penyelidikan, dan penerbitan.
  6. Kemahiran dengan penggunaan perisian teknologi dalam pengajaran dan penyelidikan.
  7. Mempunyai kelayakan tambahan seperti penterjemahan akan diberikan keutamaan.
  8. Mempunyai pengalaman pentadbiran(i.e. pengurusan)
  9. Berpengalaman mengedalikan latihan (i.e. penceramah/ insructor, facilitator, manager)
  10. Calon perlu berpengalaman membina modul pembangunan (i.e. need analyses,module
  11. building).
  12. Calon perlu pernah terlibat dalam penyelidikan jangka pendek / panjang.
  13.  Keutamaan kepada calon-calon yang memiliki Ijazah Kedoktoran (PhD)
PENETAPAN GAJI PERMULAAN

Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa
Melantik UMP berasaskan pengalaman kerja atau kemahiran berkaitan.

SYARAT-SYARAT UMUM

Pemohon-pemohon yang memohon jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat dalam
skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya
dari semasa ke semasa.

TARAF JAWATAN

Jawatan akan dilantik secara Tetap / Kontrak.

UMUR PADA TARIKH TUTUP IKLAN

Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan berumur kurang dari 54
tahun pada tarikh lantikan.

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian dengan mengisi maklumat pemohon di laman
web UMP, E-recruitment UMP MOHON SEKARANG

PERMOHONAN OLEH PEGAWAI YANG SEDANG BERKHIDMAT

Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak
Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masingmasing
dengan menyertakan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan tiga (3) tahun terakhir,
salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan ulasan majikan sama ada menyokong atau
tidak permohonan selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan
Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012, Para 18. Sila hantarkan ke alamat berikut :

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JABATAN PENDAFTAR
CANSELERI TUN ABDUL RAZAK
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG,
26600 PEKAN,
PAHANG DARUL MAKMUR
(U/P : UNIT PELANTIKAN)

CATATAN AM

  •  Hanya permohonan yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga melalui e-mel yang telah berdaftar dengan UMP.
  • Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
  • Pemohon yang pernah membuat permohonan pada iklan-iklan yang lalu dinasihatkan mengemukakan semula permohonan jika masih berminat dan layak.


PERMOHONAN ATAS TALIAN
TARIKH BUKA : 06/07/2018
TARIKH TUTUP : 20/07/2018

MOHON SEKARANG


Download
1. Iklan Jawatan
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url