Jawatan Kosong Pembantu Awam Lembaga Pembangunan Langkawi - 28 Julai 2018


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi
jawatan di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

1) Jawatan : PEMBANTU AWAM GRED H11  (1 Jawatan)
1.1) Jadual Gaji Gred H11 :
1.2) Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti
 berikut:

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang 18 tahun tarikh tutup iklan jawatan.
(c) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menegah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada RM 1,218.00)

(Syarat Tambahan: Bagi tugas menyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia)  (Gaji permulaan ialah pada RM1,264.15)

1.3) Syarat Kelayakan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangBahasa Melayu kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Mengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Gred: H11 Gaji minimun: RM1,218.00 Gaji maksimun : RM2,939.00

(2) Taraf Jawatan : Tetap

(3) Panduan/Cara Memohon

3.1) Borang-borang permohonan boleh didapati dengan melayari laman web LADA di alamat www.lada.gov.my. Borang permohonan yang telah siap diisi hendaklah disertakan dengan salinan sijil-sijil atau salinan keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang disyaratkan, sekeping gambar terbaru berukuran passport, sijil kelahiran, kad pengenalan, sijil berhenti sekolah dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

3.2) Setiap permohonan mestilah ditulis (NAMA JAWATAN YANG DIPOHON) di bahagian atas sebelah kiri sampul. Permohonan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani hendaklah dikemukakan ke alamat seperti di bawah:-

 Ketua Pegawai Eksekutif
 Lembaga Pembangunan Langkawi
 Tingkat 3, Kompleks LADA
 Jalan Persiaran Putra
 07000 Kuah, Langkawi
KEDAH DARUL AMAN
 (u.p. Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan)

(4) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya. Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 JULAI 2018.

Download:
1. Iklan jawatan
2. Borang permohonan


Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url