Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu - 8 Ogos 2018


Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia mempelawa Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 54 tahun semasa iklan ditutup serta berkelayakan dan bermotovasi tinggi untuk mengisi jawatan-jawatan berikut:-

1.1 NAMA JAWATAN : PEMBANTU AKAUNTAN GRED W19

(a) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
(b) Skim Perkhidmatan : Pembantu Akauntan
(c) Klasifikasi Perkhidmatan : Kewangan
(d) Jadual Dan Gred Gaji W19 : Gaji Minimum : RM 1353.00 Gaji Maksimum : RM 4005.00

1.2 SYARAT LANTIKAN

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik dan Prinsip Perakaunan pada peringkat
  • peperiksaan tersebut; (Gaji permulaan ialah pada Gred W19:RM1353.00) ; atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1409.40);
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia Peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan
  • yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1465.80);
  • Siil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1465.80). dan (b) Kepujian Bahasa Melayu (sekurang- kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
  • Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


1.3 KEKOSONGAN (5 Jawatan)

TARAF JAWATAN Jawatan bertaraf Kontrak

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN DAN ELAUN

Anggota yang dilantik layak menerima berbagai kemudahan yang sedang berkuatkuasa di
dalam perkhidmatan Lembaga seperti berikut:-

  • Pinjaman Perumahan
  • Pinjaman Komputer
  • Pinjaman Kenderaan
  • Rawatan percuma di hospital/klinik kerajaan/Doktor Panel
  • Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) –RM115.00
  • Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) RM300.00
  •  Bantuan Sara Hidup (BSH) RM250.00/RM150.00
  • Lain-lain Kemudahan


PERMOHONAN DARI PEGAWAI YANG SEDANG BERKHIDMAT

Anggota-anggota yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan terkini.

CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

  • Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang LKPK 1. Borang permohonan boleh diperolehi dengan memuat turun daripada laman web www.kada.gov.my
  • Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar dan disertakan bersama-sama salinan Kad Pengenalan, Sijil kelahiran, Sijil-sijil Persekolahan, Sijil Berhenti Sekolah, Sijil-sijil lain berkaitan yang telah disahkan sebelum atau pada 8 Ogos 2018 . Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
  • Semua permohonan hendaklah ditulis jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat permohonan dan hendaklah dihantar ke alamat:-


Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu
Peti Surat 127
Jalan Dato Lundang
15710 Kota Bharu, Kelantan
(U/P: Pengarah Bahagian Pengurusan)


Permohonan yang berikut akan ditolak:-

  • Tidak disertai dengan dokumen yang diperlukan
  • Tidak lengkap dan tidak jelas
  • Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan
  • Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan/Pengarah Bahagian/Ketua Unit bagi pegawai yang sedang berkhidmat
  • Tidak ditandatangani.


PANGGILAN TEMUDUGA

  • Hanya calon-calon yang layak selepas asas penapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga;
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan daripada tarikh iklan ini hendaklah menganggap yang permohonannya tidak berjaya.
Download:
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url