Jawaan Kosong Programme Officer I (Development)

Image by google

Iklan kekosongan Jawatan Programme Officer I (Development) di Pejabat Sekretariat SEAMEO, Bangkok, Thailand

Syarat Permohonan: 

  1. Pegawai dari skim perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred 48 yang sedang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM);
  2. Mempunyai kelulusan akademik di peringkat Ijazah Sarjana di dalam bidang Ekonomi atau Pendidikan atau lain-lain bidang berkaitan Sains Sosial;
  3. Mempunyai pengalaman dalam pengurusan program dan projek di organisasi antarabangsa atau di agensi/institusi berorientasikan pembangunan;
  4. Mempunyai keupayaan dan pengalaman dalam merancang, menganjurkan serta menguruskan projek dan program;
  5. Bebas daripada tindakan tatatertib;
  6. Mempunyai purata markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) untuk tiga (3) tahun terakhir adalah 85% ke atas (2015 – 2017);
  7. Diperakukan oleh Ketua Jabatan;
  8. Berumur di antara 30-50 tahun;
  9. Mempunyai 5 tahun pengalaman dalam bidang pendidikan, sains atau kebudayaan; 
  10. Boleh bekerja di dalam persekitaran yang berbilang budaya serta boleh berinteraksi secara efektif dengan pelbagai pihak berkepentingan (stakeholders) sama ada di dalam dan di luar organisasi;
  11. Mempunyai kemahiran analitikal dan penulisan yang baik;
  12. Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik;
  13. Mempunyai kemahiran IT yang baik; dan
  14. Fasih bertutur dan menulis di dalam Bahasa Inggeris.


Tugas dan tanggungjawab (Seperti di Lampiran C)

Cara memohon

  1. Permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan yang telah disertakan; dan 
  2. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan resume / curriculum vitae dan salinan sijil / dokumen sokongan yang telah disahkan dan dihantar melalui Ketua Jabatan kepada: 

Setiausaha Bahagian
Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 7, Blok E8, Kompleks E
Pusat Pentadbiraan Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u.p: Sektor Pentadbiran dan Kewangan)

Temuduga

  1. Calon yang layak dan sesuai akan dipanggil untuk temuduga; 
  2. Calon yang tidak menerima sebarang panggilan surat atau email temuduga dalam masa sebulan selepas tarih tutup iklan dianggap tidak berjaya; 
  3. Segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga adalah di bawah tanggungan calon sendiri; dan
  4. Borang permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat tidak akan diproses.

Keputusan Panel Pemilihan

Keputusan Panel Pemilihan adalah muktamad.

Muat turun

  1. Lampiran A (Iklan Kekosongan Jawatan)
  2. Lampiran B (Borang Permohonan)
  3. Lampiran C (Senarai Tugas)

Tarikh tutup permohonan : 17 Julai 2018

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Farashuhada binti Md Yunus di talian, 03-8884 6124 atau Puan Umathevi Ponnusamy di talian 03-8884 6107

Sumber: KPM



Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url