3 Cara Mudah Semak Saman Trafik, JPJ, Polis dan AES


Banyak di antara rakyat Malaysia terlepas pandang berkaitan dengan saman sama ada saman PDRM atau JPJ. Mungkin mereka tidak menyedari saman dikenakan ke atas mereka kerana surat menyurat tidak sampai ke alamat mereka. Hal ini menyebabkan jumlah saman terkumpul akan meningkat jika mereka melakukan kesalahan trafik.

Terdapat beberapa kaedah mudah yang boleh digunakan oleh orang ramai bagi menyemak sama ada mereka mempunyai saman ataupun tidak.

       i.    Melalui SMS 15888

            Dengan menggunakan telefon bimbit, anda cuma perlu taip POLIS SAMAN
            < NO KAD PENGENALAN> atau dan hantar ke 15888

             Contoh : POLIS SAMAN WMG6383 dan hantar ke15888

             * Setiap SMS akan dikenakan caj sebanyak RM 0.20 



     ii.    Melalui Internet

             Semakan boleh dibuat melalui portal-portal seperti berikut :-

            > Sistem Semakan Online https://sso.rmp.gov.my/
            > JPJ Online http://www.jpj.gov.my/en/web/main-site/semakan-saman
            > MyEG Services - www.myeg.com.my 
            > RILEK e-Services - www.rilek.com.my

            * Semua semakan saman tidak dikenakan sebarang caj oleh pihak pembekal perkhidmatan.

    iii.     Melalui Kaunter Trafik COPS (Computer On-line Payment System) yang ada di :-

            > Semua Ibu Pejabat Polis Daerah
            > Kaunter JPJ yang terpilih
            > Kaunter Trafik COPS di Kompleks Membeli Belah yang terpilih.