Simptom Dan Tanda Kanser Prostat Bagi Lelaki

Image from tudosobrebarba.com.br

Kanser prostat ialah ketumbuhan berbahaya yang bermula dari dalam kelenjar prostat. Ia merupakan kanser yang paling kerap berlaku di kalangan lelaki. Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan lahan dan mungkin tidak menyebabkan masalah dalam beberapa tahun. Peringkat awal kanser prostat (juga dikenali sebagai kanser prostat setempat) terletak diantara prostat. Peringkat awal kanser tidak menghasilkan gejala dan mungkin tidak menjadi kanser dan tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun sesetengah kanser prostat membesar dan merebak ke sekeliling prostat, ini dipanggil kanser prostat yang teruk.

Info diperolehi dari http://www.myhealth.gov.my/kanser-prostat/

Terdapat beberapa tanda dan simptom jika seseorang itu menghadapi kanser prostat. Tetapi perlu diketahui bahawa majoriti pesakit tidak mempunyai apa-apa simptom sehinggalah kanser tersebut terlampau besar ataupun ia telah merebak ke tempat lain.

Simptom-simptom tersebut adalah:

  • Kencing tak lawas
  • Kencing kerap
  • Kencing berdarah
  • Sakit ketika buang air kecil
  • Sakit belakang
  • Kena meneran untuk mengeluarkan air kencing
  • Tidak boleh buang air kencing langsung
  • Kurang berat badan yang ketara
  • Sakit pada bahagian tulang(Jika kanser tersebut telah merebak ke bahagian tulang)


Maklumat lanjut https://ediagnosa.com/kanser-prostat-punca-simptom-dan-rawatan/


Rujukan
1. https://ediagnosa.com
2. http://www.myhealth.gov.my
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url