SAPS Akan Dibuka Semula Pada 30 Jun 2018


Dimaklumkan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) akan dibuka semula pada 30 Jun 2018 bagi membolehkan urusan pengisian markah Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT). Semua urusan pengisian markah PPT hendaklah diselesaikan sebelum atau pada 14 Julai 2018.

Akses kepada SAPS ini hanya dibuka untuk modul guru sahaja. Modul ibu bapa ditutup sementara sehingga dimaklumkan kelak. Semua sekolah akan menerima kata laluan baharu (sementara) melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi mengakses SAPS.

Previous Post Next Post