Iftar Di Pen Mutiara Seafood Penang


Setiap kali bulan Ramadhan banyak hotel atau restoran akan menyediakan pakej bufet untuk majlis berbuka puasa (iftar). Pada kali ini, saya berkesempatan berbuka puasa di Pen Mutiara Seafood dengan geng satu sekolah dan mantan PK Petang. Pakej bufet yang ditawarkan di sini adalah berpatutan dengan pelbagai pilihan makanan yang dihidangkan seperti lamb chop, satay, spaghetti, ayam masak merah, kari ikan, ikan masak lemak, sotong, pencuci mulut dan sebagainya.

Harga pakej bufet yang ditawarkan ialah RM55 untuk orang dewasa. Saya dan kawan-kawan berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Ok, saya akan memberi penarafan bintang iftar di Pen Mutiara Seafood pada hari ini.

  • Makanan - ☆☆☆☆
  • Layanan pekerja - ☆☆☆☆
  • Infrastruktur (parking, surau, tandas) - ☆☆☆☆
  • Kebersihan - ☆☆☆☆




This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info