Manfaat Minyak Bijan - Public Health Malaysia


Artikel ini diperolehi dari Public Health Malaysia

Minyak BIJAN merupakan hasil yang diperolehi dari proses menekan biji bijan. Ia diketahui mengandungi paras antioksidan yang tinggi, kaya dengan vitamin dan pelbagai khasiat.

Masyarakat India telah lama mengamalkan amalan menggunakan minyak bijan dalam masakan , kesihatan dan kecantikan luaran. Contohnya, amalan mandi minyak bijan di lakukan pada awal pagi perayaan Deepavali sebagai tanda penyucian dan menghilangkan sifat buruk di dalam diri.

Tahukah anda, minyak bijan merupakan antara makanan sihat yang telah terbukti mendatangkan kebaikan kepada kesihatan dan memiliki pelbagai manfaat untuk kecantikan?

Ikuti perkongsian PHM

.
Mengurangkan Tekanan Darah

Minyak bijan mempunyai kesan penurunan tekanan darah dan natrium dalam darah. Satu kajian yang dilakukan di India dan dilaporkan dalam Yale Journal of Biology and Medicine menunjukkan seorang pesakit darah tinggi telah di minta untuk mengamalkan minyak bijan selama 45 hari, tekanan darah mereka berjaya kembali ke bacaan normal. Ini adalah kerana, minyak bijan bertindak sebagai agen diuretik yang menyingkirkan natrium dalam badan.

* Sekiranya anda merupakan pesakit darah tinggi, pastikan anda berbincang dengan doktor sebelum mengamalkan diet ini.

.
Mengurangkan Paras Gula

Minyak bijan juga MUNGKIN baik untuk gula di dalam darah. Satu laporan dalam "Journal of Medicinal Foods" menyebut minyak bijan berjaya mengurangkan paras gula di dalam kajian yang di lakukan ke atas tikus makmal.

Manfaat Untuk Kulit

Kandungan antioksidan dalam minyak bijan memberi manfaat kepada kulit dengan membantu meningkatkan kesan vitamin E dan antioksidan lain.

Kajian ringkas yang dijalankan menunjukan individu yang menggunakan minyak bijan telah mengalami penurunan dalam jangkitan kulit dan peningkatan kesakitan sendi. Ini merupakan kesan dari antibakteria dan anti-inflamasi yang terdapat di dalam minyak bijan.

Untuk menggunakan minyak bijan pada kulit, amalan Ayurveda (sistem perubatan holistik yang berasal dari India) mengesyorkan menggosoknya seluruh kulit, kemudian menunggu 15 minit sebelum mandi atau mandi panas.
.
Kaya Antioksidan

Minyak bijan juga mempunyai sifat antioksidan yang tinggi. Antioksidan ini bertarung dengan radikal bebas dan melambatkan proses penuaan di dalam badan. Selain itu ia juga menggalakkan kulit yang sihat dan cantik. Biji bijan penuh dengan zink, iaitu mineral penting untuk menghasilkan kolagen dan memberikan keanjalan kulit. Zink juga membantu untuk memperbaiki tisu yang rosak di dalam badan.

Nilai pemakanan yang tinggi

Biji bijan adalah sumber yang kaya dengan mineral, kalsium, zink, magnesium, besi, mangan serta Vitamin B1 & Vitamin E. Pengambilan minyak bijan secara teratur memelihara tubuh secara dalaman.

Murah dan mampu di miliki

Tinjauan harga minyak bijan di sekitar pasaraya menunjukkan harga minyak bijan masih mampu di miliki oleh kebanyakan rakyat Malaysia.

Dengan pelbagai khasiat dan fungsi minyak bijan, ternyata anda tidak memerlukan makanan tambahan dan produk kosmestik yang mahal dan tidak diketahui keberkesanannya.

Nak sihat, nak cantik? Minyak Bijankan ada!
أحدث أقدم