Senarai Tema Hari Guru Di Malaysia


Senarai Tema Hari Guru Di Malaysia. Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun bermula tahun 1972.  Tarikh tersebut dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama pada tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.Mungkin ada di antara kita lupa tema-tema hari guru yang pernah kita sambut. Mungkin ada di antara kita pernah menyambut hari guru di era 70an, 80an dan 90an. Mesti legend kan. Selamat Hari Guru kepada semua insan yang bergelar guru terutamanya ibubapa kita yang menjadi guru kepada kita.

Tema-Tema Hari Guru


  • 2019 Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi
  • 2018 Guru Pemacu Transformasi Pendidikan
  • 2017 Guru Pembina Negara Bangsa
  • 2016 Guru Pembina Negara Bangsa
  • 2015 Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak 
  • 2014 Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi 
  • 2013 Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda  
  • 2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara 
  • 2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara 
  • 2010 Guru Pembina Negara Bangsa 
  • 2009 Guru Pembina Negara Bangsa
  • 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
  • 2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
  • 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
  • 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  • 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  • 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  • 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  • 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
  • 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
  • 1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
  • 1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
  • 1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
  • 1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
  • 1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
  • 1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  • 1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  • 1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
  • 1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
  • 1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
  • 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
  • 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
  • 1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
  • 1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
  • 1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
  • 1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
  • 1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
  • 1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
  • 1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
  • 1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
  • 1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
  • 1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
  • 1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
  • 1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
  • 1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
  • 1975 Guru dan Pembangunan Negara
  • 1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
  • 1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
  • 1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Cikgu2 sempat sambut tema yang mana? 
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url