Promosi Domain RM10 Exabytes


Semalam terbaca status facebook abang HasrulHassan tentang promosi domain .blog yang berharga RM10. Harga asal domain ini ialah RM120..Semalam terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk membuka website promosi tersebut., Hari ni, ingat ke promosi domain RM10 dah habis rupanya masih ada..Rezeki masih berpihak pada saya. Jadi, sempatlah grab satu domain .blog yang berharga RM10.60 termasuk GST.

Jangan lupa kunjungi MpireOne

Sebenarnya saya beli domain ni untuk blog MpireOne iaitu blog promosi barangan yang dijual melalui Facebook. Saya wujudkan satu blog untuk promosi barangan dropship untuk menarik perhatian pembeli. Untuk pengetahuan, saya adalah dropshipper pelbagai produk di mana produk-produk masih dalam proses kemaskini.

Sebelum ini saya menggunakan online store yang berbayar untuk menjual produk. Tetapi jual beli tidak lah semeriah sangat dan hasil pendapatan pun tak banyak. Selepas setahun saya dah stop online store tersebut dan hanya menggunakan platform blogspot dan facebook sahaja untuk tujuan promosi.

Jika ada yang berminat nak pakai domain blog sendiri bolehlah dapatkan domain murah yang berharga RM10 (.blog) dengan kunjungi website Exabytes.  Rugi tak grab satu domain. Harga normal RM120 ya..

Website: Exabytes
أحدث أقدم