Manifesto Pakatan Harapan 2018


Alhamduilillah kita sudah selesai menunaikan tanggungjawab kita dalam mengundi pada 9 Mei yang lepas. Tahniah kepada Pakatan Harapan yang menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan dalam proses membentuk kerajaan. Semoga pilihan rakyat adalah tepat. Selamat menunaikan tanggungjawab kepada rakyat.

Jom muat turun manifesto pakatan harapan 2018. Pakatan Harapan melancarkan “Buku Harapan” atau manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 8 Mac 2018 bertemakan Membina Negara, Memenuhi Harapan dalam satu majlis yang bersejarah sempena sepuluh tahun agenda perubahan pakatan pembangkang mengorak langkah menafikan dua pertiga Umno BN sejak 2008. Ini mendahului manifesto oleh mana-mana parti politik termasuk daripada BN.

Buku Harapan merupakan janji yang berasaskan lima teras utama terdiri daripada
  • Teras 1: Meringankan bebanan kehidupan rakyat
  • Teras 2: Mereformasi institusi pentadbiran dan politik
  • Teras 3: Merancakkan pertumbuhan ekonomi yang adil dan saksama
  • Teras 4: Mengembalikan status Sabah dan Sarawak berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963
  • Teras 5: Membina Malaysia yang inklusif, moderat dan gemilang di persada dunia.
Grafik |Click To Download

BUKU HARAPAN |Click To Download






Sumber: https://www.keadilanrakyat.org
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url