4 Jenis Makanan Yang Tinggi Probiotik

Makanan yang murah tidak semestinya tidak berkhasiat kepada badan kita. Jom lihat perkongsian oleh Doktor Taufiq Razif tentang 4 jenis makanan yang tinggi probiotik untuk tingkatkan kekuatan IQ, sistem imun dan sihatkan usus anak.

Jangan lupa join telegram Nota Parenting Taufiq Razif . Klik sini t.me/NotaTaufiqRazif



Tak Perlu Makanan Yang Mahal-Mahal Pun Untuk Tingkatkan IQ, Kuatkan Sistem Imun dan Sihatkan Usus Anak Kita

Biasakan je anak kita dengan 4 makanan yang tinggi PROBIOTIK ni:
  • Budu
  • Yogurt asli tanpa perisa
  • Tempe
  • Cencalok
Probiotik ni mikroorganisma hidup yang memberikan manfaat kesihatan jika diambil dalam jumlah yang mencukupi.

Bahasa mudahnya probiotik ni adalah 'kuman baik'. Dalam tubuh anak kita ada 'kuman jahat' dan 'kuman baik'. Kuman baik mesti kena mengatasi kuman jahat baru la anak kita tak mudah jatuh sakit.

Kuman baik seperti L. Acidophilus penting untuk pencernaan dan sistem imun manakala B. Longum pula bertindak untuk menghalang bakteria.

Banyak sebenarnya manfaat makanan tinggi Probiotik ni. Antaranya :
  • Mengurangkan cirit birit anak
  • Membantu usus menyerap dengan lebih sempurna
  • menambahkan bilangan bakteria baik dalam usus
  • menstabilkan dan menguatkan sistem imun anak
" Nak bagi anak sihat tak perlu bermewah pun. Cukup dengan makanan yang murah je asalkan kita tahu khasiat dan manfaat tersembunyi di dalamnya "

Join telegram Dr. Taufiq Razif untuk info tentang parenting. Klik je link ni untuk join t.me/NotaTaufiqRazif


Sumber: Taufiq Razif